Tuesday 17 June 2014

Risikan lemah punca kes penculikan di Sabah, kata Menteri KDN...Kata Zahid

 39 1 0 44

By Admin

June 17, 2014
Saya rasa peruntukan yang telah diberikan kepada Esscom cukup untuk masa ini, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
sabah esscom 

 MACAM KURANG SELAMAT....Di Perairan Sabah




PETALING JAYA: Bukan masalah kekurangan peruntukan tetapi masalah daripada risikan yang lemah menjadi punya kelonggaran kawalan keselamatan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Saya rasa peruntukan yang telah diberikan kepada Zon Keselamatan Timur Laut Sabah (Esscom) cukup untuk masa ini.
“Risikan yang baik perlu diberikan perhatian oleh pihak Esscom dan bukannya terlalu bergantung kepada alatan teknologi yang canggih sahaja,” jelasnya lagi.
Tambah beliau, pihak Esscom perlu meletakkan jaringan memperoleh maklumat melalui risikan daripada pihak Filipina.
“Saya tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa kes penculikan di Sabah akan berulang, memandangkan penculik mahu mendapatkan wang tebusan.
“Pihak Esscom seharusnya perlu lebih bersiap sedia dengan menyediakan kawalan yang ketat di perairan di Sabah. Esscom juga tidak boleh leka dengan operasi yang dijalankan,” katanya ketika sidang media selepas pertemuan dengan Kedutaan Amerika Syarikat di Hotel Royale Chulan.
Insiden penculikan

 terbaru di Sabah bertambah dengan kejadian seorang pengusaha ikan sangkar dan pekerja warga Filipina diculik di kawasan sangkar ikan Kampung Air Sepang, Kunak pada kira-kira pukul 12.40 tengah malam.
Kejadian ini menyebabkan keberkesanan Esscom diragui dan menjadi pertikaian kerana kes penculikan di Sabah berulang lagi.

No comments:

Post a Comment