Wednesday, 11 June 2014

PERKASA DAN PERMAS ANTI CINA ANTI INDIA DAN ANTI KRISTIAN BAKAL PENYUMBANG KEKALAHAN BESAR KEPADA BN PADA PRU 14 NANTI...TEGAS JEFFRY



Written by Admin
Wednesday June 11.2014


OLEH: SHAIMON S JUMADI


TAWAU:- Presiden Kelab Penyokong BN Kerajaan Sabah Datuk Mohd Jeffry Rosman  (gambar) menyelar tindakan Pertubuhan Permaufakatan Ayahanda Malaysia (PERMAS yang disifatkan kurang ajar dan biadap  terhadap masyarakat cina di negara ini yang boleh menimbulkan kebencian bukan saja kepada bangsa Melayu sendiri bahkan juga mengundang kebencian masyarakat cina kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggotai oleh MCA dan Gerakan.
  
Jeffry berkata demikian ketika diminta mengulas artikel yang ditulis oleh Pengarang Free Sandakan Today.com  yang tersiar di portal Free Sandakan Today pada 09 Jun 2014 bertajuk “PERMAS BERTINDAK AKAN HALAU CINA DAN KRISTIAN DARI MALAYSIA YANG TIDAK FASIH CAKAP MELAYU”


 PERMAS.... bakal menghancur BN pada PRU 14 nanti kerana terlalu racist anti cina anti kristian tetapi tidak diambil sebarang tindakan macam ada sesuatu simbolik sebaliknya kenapa kerajaan main biar saja


“Perbuatan PERMAS yang mengadakan demontrasi mendesak kepada kerajaan supaya mengusir masyarakat cina di negara ini keluar dari  Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu satu perbuatan menghina masyarakat cina dan ahli-ahli MCA dan Gerakan namun tidak diambil sebarang tindakan oleh kerajaan walaupun perbuatan PERMAS boleh menimbulkan kemarahan dan melunturkan sokongan masyarakat cina kepada BN” tegasnya.

“Saya nak tanya kenapa orang Melayu di semenanjung terlalu bencikan bangsa Cina sedangkan mereka rakyat Malaysia mereka berhijrah ke Malaysia lebih 200 tahun yang lalu tindakan PERMAS merupakan satu penghinaan kepada bangsa Cina yang banyak menabur jasa da bakti kepada negara terutama sekali  dalam pembangunan sosio ekonomi” ujarnya Jeffry.
  
“Saya cabar PERKASA dan PERMAS suruh MCA dan Gerakan keluar dari BN kalau berani sebab orang Melayu sudah tidak suka bangsa cina duduk di Malaysia buat apa MCA dan Gerakan terus  berada dalam komponen BN kerana kedua-dua parti komponen BN ahlinya mejoriti kaum Cina mungkin 40 peratus mereka tidak begitu fasih bertutur berbahasa Melayu” tegasnya.

“Saya juga amat tersinggung sebab saya ada keturunan darah cina  nenek dan moyang saya bangsa cina jadi jangan sentuh atau caci bangsa cina saya sebagai penyokong setia BN memang marah  kerana sentiment agama dan bangsa jangan sesekali diungkit-ungikit sebab PRU 14 nanti kalau PERKASA dan PERMAS terus mengeluarkan sentiment anti cina anti kristian nescaya BN hancur lebur siapa mahu sokong BN sebab kalau orang cina yang tidak fasih akan diusir keluar dari Malaysia” katanya.

Tambah Jeffry lagi “ Kenapa NGO yang dipimpin oleh orang Melayu (maaf bukan di Sabah) 80 peratus terlalu cenderong dan condong  timbul sifat-sifat keganasan suka cari pasal dengan masyarakat Cina dan India anti agama  kristian di mana letaknya slogan 1Malaysia yang kerap kali dilaung-laungkan oleh para pemimpin BN kalau bangsa Cina dan India jadi sasaran dijadikan musuh.

“Kalau penyokong pembangkang yang  buat demontrasi aman bantah GST ramai yang  diumban ke penjara bertahun-tahun tanpa dibicarakan tetapi kalau PERKASA dan PERMAS buat demontrasi mahu bakar gereja desak kerajaan halau cina polis tiada ambil sebarang tindakan walaupun perbuatan mereka jelas bakal  mengundang huru hara dalam negara main biar saja apa ertinya semua ini” katanya lagi.

Kata Jeffry di Sabah walaupun mempunyai 32 suku kaum perbezaan budaya perbezaan anutan kepercayan agama dalam pergaulan tiada masalah orang Cina, Kadazan Dusun dan Bumiputera Islam boleh duduk semeja makan mimum inilah kebagusan orang Sabah tidak suka buat huru hara takut dengan undang-undang dan sentiasa menjaga keharmonian tidak mahu menyakiti hati kaum masing-masing.....Sabah Boleh”


“Sebagai penyokong kuat kerajaan BN saya merayu dan mohon jasa baik kepada para pemimpin UMNO sesekali tegur-tegurlah Ibrahim Ali (PERKASA) dan PERMAS yang terlalu racist susah  kita nanti kalau dua NGO ini selalu mengeluarkan sentiment anti Cina anti India anti agama Kristian yang kena impaknya ialah UMNO sendiri kerana persipsi orang Cina dan India perbuatan PERKASA dan PERMAS yang tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak kerajaan nanti mereka dakwa UMNO lah yang menjadi dalangnnya semua perbuatan dua NGO itu  dan kalau para pemimpin UMNO rasa perbuatan PERKASA dan PERMAS itu betul hanya anggap perkara kecil sahaja  walaupun hati cina terguris saya tiada apa-apa nak komen teruskanlah lagipun saya tidak  rugi apa-apapun saya sekadar memberi pandangan untuk kebaikan UMNO” jelas Jeffry
  
“Kita serumpun duduk dalam negara Malaysia berkongsi kuasa dalam pembentukan pentadbiran jentera kerajaan Barisan Nasional (BN) seharusnya orang-orang Melayu pandai menjaga hati masing-masing supaya keharmonian dan perpaduan berbilang kaum terus kekal di dalam negara ini.
  
Kalau Perbuatan PERMAS dan PERKASA yang terlalu racist bencikan bangsa cina bencikan bangsa India macam mana BN mahu  mendapat sokongan padu daripada dua kelompok masyarakat ini kalau orang-orang  Melayu sendiri  terus menekan  kehidupan bangsa cina dan india lama kelamahan MCA dan Gerakan termasuk MIC bila mereka merasa jelak dan bosan terhadap prilaku orang Melayu  pastinya  ketiga-tiga  parti ini akan keluar meninggalkan  BN ini kah yang dimahukan oleh para pemimpin UMN0 selama ini ” ujarnya.

No comments:

Post a Comment