Friday 27 June 2014

WANITA UMNO SANDAKAN GIAT HULUR BANTUAN KEBAJIKAN SEPANJANG BULAN RAMADAN.



Written by Admin

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Sepanjang sempena  bulan Ramadan Almubarak ini Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan akan mengagih-agihkan tikar sejadah kepada seluruh masjid yang terletak dilingkungan kawasan Parlimen Sandakan yang membabitkan dua kawasan DUN Elopura dan Tanjung Papat.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong berkata ini sudah menjadi tanggungjawab sebagai pemimpin memberikan sumbangan apa saja yang diperlukan terutama sekali rumah-rumah ibadat bukan saja mahu mencari keradahan Allah tetapi untuk meringankan sedikit beban ditanggung oleh ahli jawatankuasa surau-surau mahupun masjid-masjid berkenaan.

“Sewajarnya kita sebagai umat Islam saling bantu membantu antara satu sama yang lain ini sememangnya sudah menjadi  tanggungjawab dan kewajipan kita yang mempunyai kemampuan harus menyedekahkan kepada golongan-golongan daif ini juga merupakan satu ibadah dan amal jariah” jelasnya.



 SUMBANGAN.... Salah sebuah masjid di Zon Elopura telah menerima sumbangan tikar sejadah daripada Wanita UMNO Sandakan

“Saya bagi pihak seluruh Jawatankuasa Wanita UMNO Sandakan mewakili wanita-wanita cawangan, Bahagian dan akar umbi ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa sebulan dibulan Ramadan Almubarajk ini dengan penuh kekusyukan...Amin. Ujarnya.

Kata Noraini di sepanjang bulan Ramadan ini selama sebulan pelbagai aktitiviti keagamaan  dan kemasyarakatan akan dijalankan oleh Wanita UMNO Sandakan dan ini sebahagian daripada aktiviti-aktiviti tahunan yang telah disusun atur yang perlu dilaksanakan yang tertumpu  kepada anak-anak yatim golongan daif dan ibu-ibu tunggal




No comments:

Post a Comment