Monday 2 June 2014

BULAN SYABAN BULAN KENYANG KENDURI ARWAH DI SANA SINI



Written by Admin
Monday June  02-2014


OLEH:  MOHD SUFFIAN AHMAD
FOTO: AZMI ZAMAN


SANDAKAN:- Sempena Bulan Syaban atau yang disebut sebagai Bulan Arwah kalau di Sabah memang sudah menjadi satu adat dan budaya kepada masyarakat Islam tidak kira apa bangsa memang sudah menjadi amalan untuk mengadakan Kenduri Arwah selama sebulan di rumah masing-masing bagi mereka yang tidak berkemampuan mereka pergi ke masjid-masjid berhampiran  untuk meminta  kepada bilal atau imam untuk membaca doa arwah (tahlil)


 HADIR....CDO Elopura Mohd Hj Abdul Hamid turut hadir pada majlis tersebut


Menurut bagi sesetangah orang  yang arif dalam agama Islam mereka yang mengadakan Kenduri Arwah ini hanyalah adat yang tidak bertentangan dengan akidah Islam maka dibolehkan  dengan tujuan untuk memperingati arwah-arwah sama ada moyang, ibubapa, anak-anak keluarga dan cucu cicit yang terlebih dahulu mengadap Ilahi (Meninggal Dunia).


Kalau di Semenanjung ada juga yang  masih mengamalkan kenduri arwah tengoh tempat dan di negeri mana kalau bagi masyarakat Jawa sama ada di Sabah dan di Johor, Selangor dan Perak mereka masih menggunakan ambeng ini adat orang Jawa agar tidak mati dimamah zaman.

Boleh dikatakan sepanjang  bulan Syaban adalah bulan kenyang kerana saban hari jiran-jiran menjemput kenduri Arwah dengan hidangan  lauk pauk ayam daging sotong masak kucap dan telur masin  bagi mereka yang mempunyai darah tinggi inilah ubatnya

  HADIR SAMA....Dua Wartawan Free Sandajan Today  Saimon dan New Sabah Times Rozzalin.

Petang tadi  kira-kira jam 3.30 pm dirumah Ketua Bahagian UMNO Sandakan  yang juga Timbalan Yang DiPertua USIA Sabah Tan Sri Hj Ampong Hj Puyun telah mengadakan kenduri Arwah  yang diimamkan oleh Hj Ibrahim Amir Hussin.


BERSAMA JEMAAH....Kelihatan Tan Sri Ampong bersama para jemaah di majlis kenduri Arwah di rumahnya



Lebih 40 orang sahabat andai telah datang kemajlis kenduri arwah yang diadakan secara sedarhana itu.

Turut hadir ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat  (CDO) kawasan  Elopura Mohd Hj Abdul Hamid,  Pengarang Kanan Free Sandakan Today.com Saimon Sarmon Jumadi (SSJ)   dan Rozzalin Mohd Hashim Wartawan New Sabah Times



No comments:

Post a Comment