Saturday 7 June 2014

KERAJAAN SENGAJA MELAMBAT-LAMBATKAN PROJEK LIBARAN BYAPASS BATU 16 KE BATU 32....WONG



Written by Admin
Saturday June 07.2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI

 

SANDAKAN:-  Pada sesi sidang Parlimen Ahli Parlimen kawasan Sandakan Stephen Wong Tien Fatt tekah mengajukan soalan mengenai projek pembinaan Libaran Bypass bermula dari Batu 16 hingga ke Batu 32 Jalan Labuk Sandakan pada tahun 2013 sebanyak dua kali dan telah dijawab bahawa projek tersebut akan dilaksanakan, namun amat mendukacitakan sehingga ke hari ini projek berkenaan belum dapat dijalankan.


Wong berkata, pada bulan Jun tahun lepas, menteri berkenaan telah menjelaskan  bahawa akan membuka tender pada September 2013 dan memulakan kerja-kerja pembinaan pada Januari 2014.


Selepas itu, Wong sekali lagi membangkitkan soalan yang sama  di Sidang Parlimen pada November 2013, dan dijawab bahawa projek berkenaan telah ditunda semantara .tender akan dibuka pada April 2014 dan projek dimulakan pada Jun 2014.


Stephen Wong  menambah projek pelebaran jalan Libaran Bypass yang berkali-kali ditunda ini, dibahagikan kepada 4 fasa kini ini fasa pertama tidak dapat disiapkan dalam masa 2 tahun, beliau khuatir keempat-empat fasa itu perlu mengambil masa selama 8 hingga 10 tahun.


Tambah beliau lagi   yang paling malang sekali , kerajaan BN dan wakil rakyat BN Sandakan   tidak mengambil berat projek Libaran Bypass itu, dan langsung 
tidak mempedulikan kepentingan masyarakat Sandakan.


Katanya, projek Libaran Bypass ini amat penting bagi sektor ekonomi dan pelancongan di Sandakan. Kerajaan BN seharusnya menjelaskan kepada penduduk Sandakan, apa sebabnya projek berkenaan belum lagi dimulakan.


“Dimana janji-janji para pemimpin kerajan BN  kepada rakyat cakap banyak tak serupa bikin’ ujarnya.




No comments:

Post a Comment