Saturday, 1 February 2014

AMPONG SEKALI LAGI AJAK DAN PELAWA AHLI-AHLI UMNO SANDAKAN BERSATU SEMULA


Written by Admin
Sabtu 01 Januari 2014


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- Sekali lagi Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon dengan rendah diri mengajak kepada ahli-ahli UMNO Sandakan yang tidak menyokongnya semasa pemilihan Jawatankuasa Bahagian UMNO Sandakan yang lalu supaya bersatu semula demi perpaduan dalam UMNO Sandakan terutama sekali bagi berdepan musuh-musuh politik yang sentiasa hendak memporak porandakan kedudukan UMNO.

“Saya mengajak dan mempelawa kepada ahli-ahli UMNO Sandakan yang diketuai oleh mantan Timbalan Ketua Bahagian Datuk Awang Sham Awang Hamit  bukan didorong oleh mana-mana pihak ini adalah keluarnya dari isi hati saya yang telus dan ikhlas untuk kita sama-sama bersatu semula seperti sedia kala.
Tiada gunanya kita dalamsatu kapal satu Presiden satu Ketua Menteri satu Perdana menteri satu matlamat  dan satu agenda yang sama satu perjuangan dalam UMNO terus bersengketa sesama sendiri yang  tidak membawa sebarang menfaat kepada kita sebagai ahli UMNO yang setia ini tidak membuah hasil malahan jadi bahan ejikan kepada ahli-ahli dan para pemimpin pembangkang yang mentahui apa yang telah berlaku kepada UMNO Sandakan lantas inilah peluang mereka untuk memecahbelahkan” kata Ampong.

Ketua Bahagian itu berkata demikian   semasa minum sepetang bersama Pengarang Kanan yang tidak asing lagi diportal Free Sandakan Today.com bersama-sama Ketua Pemuda Bahagian UMNO Sandakan Fakarudin Tan Sri Hj Ampong di Old Town White Coffee petang kelmarin.

“Begitu juga saya dengan ikhlas hati mempelawa dan mengajak para penyokong Wanita UMNO Sandakan yang berpihak kepada mantan Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Asnah Hj Tahlil yang tidak menyokong saya dan  Noraini Sulong semasa pemilihan AJK yang lalu supaya bersatu  lupakan kisah yang lau kita bina semula istana kita  yang hampir runtuh ini supaya kuat demi UMNO, bangsa, Agama dan negara”

Saya beterus terang dengan nama Allah saya sedikitpun tidak menyimpan rasa dendam walaupun pun ada diantara anda yang memaki hanum dengan saya, saya terima dengan hati yang terbuka ini kita sebagai pemimpin harus mempunyai sikap dan sifat-sifat tolenrasi dan kesabaran.

Lagipun Perdana Menteri dan Presiden UMNO sendiri yang membuka gelanggang dan ruang untuk semua ahli-ahli UMNO di seluruh pelusuk tanah air yang berkelayakan dan berkemampuan  berhasrat untuk bertanding apa-apa saja jawatan yang difikirkan sesuai dibolehkan  dengan pertandingan secara sihat secara kekeluargaan dalam UMNO selaras dengan transformasi perjuangan UMNO.

Soal kalah dan menang itu adalah adat dan asam garam, ajinimoto system pertandingan yang kalah kena akur dan terimalah hakikat atas kelahan dan  yang menang sama ada muka baru atau yang berjaya mengekalkan keududukkannya teruskan dan tingkatkan  perjuangan.

Dan yang kalah pula jangan timbul pula permusuhan kepada pihak yang menang dan jangan pula disebabkan kekalahan itu  ia dijadikan tembok perpecahan sesama sendiri” tambah Ampong dengan panjang lebar.

Pengarang Kanan Free Sandakan Today.com yang tidak memihak terhadap mana-mana kumpulan ajakan dan perlawaan Tan Sri Ampong itu untuk bersatu bersama dalam meneruskan perjuangan untuk menegakkan dan memantabkan UMNO ini merupakan satu rahmat kepada ahli-ahli UMNO Sandakan kita lihat dari beberapa sudut Ketua Bahagian itu memang ikhlas untuk berdamai semula lagipun semasa Persidangan UMNO yang lalu Perdana Menteri selaku Presiden UMNO Malysia telah mengiystiharkan bahawa semua Mesyuarat pemilihan AJK yang menang telah diikhtirafkan sebagai menang yang sah dan ini tidak perlu dipertikaikan lagi.

Jadi kalau mereka yang kalah tidak menerima kekalahan itu ini seolah-olah mereka  telah engkar dengan nasihat Presiden UMNO sendiri jadi dalam ini hal ini kita kena renung-renungkan lah di mana baik dan buruknya kalau kita bersatu semula seperti sedia kala ini pendapat dan pandangan pihak Free Sandakan Today.com.





No comments:

Post a Comment