Tuesday, 5 November 2013

WANITA,PEMUDA, PUTERI DAN UMNO BAHAGIAN DIAJAK BERSATU DEMI UMNO....NORAINI SULONG



 TUESDAY 05 NOVEMBER 2013
Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan akan merangkak untuk menyusun aktiviti-aktivitinya bagi tahun 2014  agar selari dengan transgformasi parti UMNO.

Sebagai sayap kiri kepada UMNO Bahagian Sandakan kita akan berganding bahu bukan saja dengan Bahagian UMNO Sandakan bahkan sekaligus kepada Pergerakan Pemuda, dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sandakan untuk sama-sama merealisasikan dan memperkasa perjuangan UMNO bagi berdepan dengan musuh-musuh politik disekeliling yang sentiasa mencari ruang untuk untuk menggugat kelemahan-kelemahan kita.

Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong bercakap demikian kepada wartawan kanan Free Sandakan Today di Lapangan Terbang Sandakan malam tadi sebelum bertolak ke Kuala Lumpur.

“Visi dan misi saya sebagai Ketua Wanita  UMNO Bahagian Sandakan  yang merupakan sayap kiri kepada UMNO akan terus berganding bahu  dengan  semua ahli UMNO tidak kira mereka itu ahli  biasa, cawangan mahpun diperingkat Bahagian kita akan bersatu sehati sejiwa untuk sama-sama berjuangan dalam UMNO demi bangsa, agama dan tanah air”

“Saya percaya jika kita saling menjalinkan hubungan baik  dengan  ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi kita mudah untuk mendapat sokongan padu dan pastinya tiada timbul birokrasi antara satu sama lain malah  disenangi oleh semua ahli ” ujarnya.

“Saya terus terang dengan hati yang tulus ikhlas saya tidak berdendam  dengan mana-mana perwakilan yang tidak mengundi saya semasa pemilihan AJK Wanita Bahagian UMNO pada 12 Oktober lalu apa yang saya mahu kita bersatu semula sama ada yang menang dan yang tewas marilah kita menjalinkan hubungan mesra antara satu sama lain demi UMNO dan Barisan Nasional (BN) tiada gunanya kita sama-sama dalam UMNO satu bahagian pula  terus-terusan bersengketa, bertikam lidah sesama sendiri ini tiada membawa sebarang keuntungan  malahan  dijadikan bahan ejekan  dan tomahan kepada parti-parti pembangkang” tegasnya.




No comments:

Post a Comment