Thursday, 27 March 2014

PEMUDA PAS GESA JABATAN AGAMA ISLAM AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP BOMOH-BOMOH SONGSANG

Written By Admin
Thursday March 27. 2014-03-27

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Kalau raja Bomoh Malaysia memang terhandal boleh meramalkan dengan sasaran yang tepat dan boleh menilik macam Nujum Pak Belalang kenapa kehilangan pesawat MAS MH 370 yang terbangkan ke Beijing  tidak dapat dikesan dengan menggunakan Teropong ajaib.

Sebenarnya bomoh-bomoh Malaysia yang menggelarkan diri mereka cukup hebat dengan kuasa mereka yang ada boleh berbuat sesuatu Jasen King berakpun boleh diteropong dan nampak semasa Jasen King mengejan.

Sebenarnya perbuatan bomoh-bomoh semasa membuat pertunjukan di KLIA dihadapan ribuan manusia yang menyaksikannya jadi bahan ejekan dan bahan ketawa oleh semua golongan sama ada  masyarakat Islam dan bukan Islam.

Apa yang telah dilakukian oleh bomoh-bomoh tersebut memang perbuatan khurafat dan syirik kerana mereka melebihi kuasa Allah dalam pelbagai hal lantaran mereka juga tidak percaya sama sekali Qada dan Qadar walaupun perbuatan mereka telah di larang keras oleh Jabatan Agama Islam supaya menghentikan perbuatan kerana  melanggar akidah dan hukum hakam Islam namun mereka terus berdegil.

Raja bomoh Malaysia bukan alang kepalang berpakaian kemas ini boleh digelar bomoh kelongmerad (tycoon) pakai tali leher dan kot  yang kita tahu kalau seorang bomoh itu berpakaian selekeh seperti orang gembel.

Saya amat setuju  dengan gesaan Pemuda PAS itu yang mendesak supaya Jabatan Agama Islam bertindak keras dan kenakan hukuman yang berat kerana buatan mereka itu telah mencemarkan nama baik Islam (Berikut petikan artikel daripada PAS)





Pemuda PAS Perak kecewa terhadap aktiviti 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin yang menurut mereka masih berleluasa dengan perbuatan “khurafat dan syirik”, terbaru di negeri itu.

Ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob berkata, perbuatan itu masih diamalkan walaupun mufti Tan Sri Dr Haji Harussani Haji Zakaria sendiri sudah memintanya bertaubat.

Justeru Raja Ahmad (kanan) mempersoalkan peranan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dalam mencegah dan menghalang amalan itu.

“Kami mendesak agar JAIPk bertindak dan menghentikan perbuatan yang jelas bercanggah dengan Islam tersebut.

“Jika Ibrahim tidak diambil tindakan, ia seolah-oleh Ibrahim 'amat kebal' dan tidak 'boleh disentuh'!” katanya.

Ibrahim sebelum ini mencuri perhatian ekoran gaya tersendirinya bagi merungkai kehilangan pesawat MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Aktiviti itu mengundang kecaman meluas pelbagai pihak termasuk menteri dan mufti. Beliau juga menjadi bahan lawak jenaka di Internet.

Dalam kenyataannya hari ini, Raja Ahmad berkata, Ibrahim yang didakwanya mempunyai ramai kenalan daripada "pembesar negeri" tidak harus terlepas.

Azan di pinggir laut

Sementara itu, sebuah saluran di laman perkongsian video Youtube dikesan memuat naik aktiviti yang dirujuk itu, kononnya untuk 'menyeru mayat' MH370 di Pulau Sembilan, Perak.

Ditonton lebih 75,000 kali, video itu antaranya memaparkan Ibrahim dan empat lagi lelaki menaiki bot sambil seorang daripadanya membuat gaya meneropong.

Sedutan video Suara.TV itu juga memaparkan aksi menguis kayu berbentuk seperti tongkat ke dalam air seolah-olah mencari sesuatu.

Dalam babak yang lain, dipaparkan pula dua lelaki merentang buluh panjang yang digantung dengan beduk dan diketuk berapa kali sebelum diikuti Azan di pinggir la
ut.

No comments:

Post a Comment