Written
by Admin
Friday
21 March 2014
OLEH: AZMI AZMAN
FOTO SHAIMON S JUMADI
ALBUM KENANGAN....Noraini bersama-sama Ketua-Ketua Wanita Cawangan dan ahli-ahli Wanita Cawangan UMNO Zon Elopura dan Tg Papat
SANDAKAN:- Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong menyeru semua ketua-ketua Wanita Cawangan UMNO Zon Elopura dan Tanjung Papat P186 Sandakan supaya mengemaskini pentadbiran cawangan sebagai persedian untuk Mesyuarat Wanita UMNO di peringkat cawangan masing-masing yang akan bermula pada bulan April depan ini.
Noraini bercakap demikian kepada media semasa
mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Wanita UMNO Cawangan Zon Elopura dan
Tanjung Papat pagi tadi dipejabatnya.
“Katanya cawangan Wanita UMNO yang merupakan
tulang belakang perjuangan UMNO Bahagian kita harus mengorak langkah untuk
mempertabatkan perjuangan UMNO agar lebih mantap dan kukuh demi bangsa dan
agama” ujarnya.
Sambil itu Noraini mengajak kepada semua
ahli-ahli Wanita UMNO Sandakan supaya bersatu semula dan sama-sama menggembling tenaga untuk menegak
perjuangan UMNO bagi menghadapi musuh-musuh politik yang sentiasa ingin
memporaperandakan dan memecahbelahkan
kestabilan dalam UMNO.
Kata Noraini banyak lagi program-program
Wanita UMNO Sandakan bagi tempoh sepanjang tahun 2014 ini masih dalam proses
perbincangan yang bakal diketengahkan .
“Saya amat gembira kerana Wanita UMNO zon
Elopura dan Zon Tanjung Papat telah memberikan kerjasama sepenuhnya apa saja
program-program yang kita telah jalankan demi kebaikan bersama.
“Sebagai seorang pemimpin Wanita UMNO
Sandakan yang telah diberi mandat semasa pemilihan AJK lalu saya akan berlaku
adil dan saksama kepada semua ahli Wanita UMNO sama ada mereka itu menyokong
dan tidak menyokong kepimpinan kita ini demi perjuangan saya sedeikitpun tidak
menyimpan rasa dendam yang sudah-sudahlah kita bersatu semula demi
mempertabatkan perjuangan UMNO yang kita cintai” tegasnya.
Dalam pada itu Noraini selaku Pengerusi
Bersama Program Kempen Kesihatan Wanita Bersama NGO sempena sambutan Hari
Wanita Sedunia 2014 bagi pihak penganjur menjemput orang ramai khususnya kaum wanita
di daerah Sandakan agar dapat datang
beramai-ramai ke Dewan Masyarakat Sandakan pada 22 Mac ini (esok) jam 7.30 pagi
untuk sama-sama menyemarakan program itu.
Ketua
Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyun dijangka akan
menyempurnakan program tersebut .
No comments:
Post a Comment