Sunday 30 March 2014

SEMINAR DRAGON 165 DAYS PRODUK DR AZIMUTH DAPAT SAMBUTAN

Written by Admin
Sunday March 30.2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI
  
SANDAKAN:- Tekad dan Azam Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong ingin membantu ahli-ahlinya agar mempunyai kehidupan yang baik untuk membantu menyara keluarga mereka

Dari itu kaum wanita khususnya ahli-ahli Wanita UMNO diseru mencari segala peluang khususnya  mereka yang berminat berniaga amat dialu-alukan dan dibantu bukan sahaja sekadar mendapatkan lesen perniagaan  bahkan akan dibantu untuk mencari dana untuk dijadikan model pusingan.


Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini  Sulong berkata demikian semasa memberi ucapan di Seminar Produk Dr Azimuth  Dragon Day 165 yang diadakan di Ballroom Sabah Hotel dekat sini petang tadi.

Katanya  walaupun kerajaan sekarang memang banyak memberi pelbagai jenis bantuan untuk membantu rakyatnya yang tergolong miskin tetapi kita tidak boleh terlalu mengharap sangat bantuan-bantuan yang disalurkan oleh kerajaan tidak begitu mencupki sepenuhnya bagi keperluan yang lain.
  

“Saya  mahu ahli-ahli Wanita  UMNO di bawah jagaan saya mempunyai daya pemikiran yang terbuka dan positif dan memandang ke-arah  masa depan untuk mengubah kehidupan yang lebih baik maka dengan itu mereka digalakan menceburi diri dalam pelbagai jenis perniagaan termasuk perniagaan Jualan Langsung” tagasnya.

Noraini yang juga Penegerusi Koperasi Keusahawanan Wanita Daerah Sandakan Berhad  memang sentiasa  mengambil berat  terhadap kaum wanita tidak mengira siapa mereka mamang akan dibantu  sama rata tiada yang sikit dan tiada yang lebih.

Selanjutnya Noraini mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana susi mengundangnya termasuk ahli-ahli Wanita UMNO Sandakan  yang memberikan sedikit ilmu tentang bagai mana hendak  menjana ekonomi kehidupan.

Sementara dalam ceramah seorang Usahawan bumiputera  yang telah berjaya  datangnya  dari Ihsan Management  and  Training Centre Kota Kinabalu Mohd Yaakub Hj Sidi  menjelaskan produk Dr Azimuth  jenama Minyak Mira-(Oil) Astaxa-Stem-Cell Technology mengandungi bahan-bahan aktif yang sangat baik untuk kulit serta kaya dengan Vitamin E dan anti oksida yang dapat mengawal radikal  bebas dan menjadikan kulit lembab dan bebas cela.
 
Produk ini juga mengandungi Argam, Astaxa Stem Cell Shea Butter Tocomin dan Minyak Kepala Dara.

Selain Produk terapi Dr Azimuth  boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti Sakit Sendi, Kaki kebas, Luka Kencing Manis, Sakit Kulit, Diabetes, Sakit Jantung, Darah Tinggi dan lain-lain lagi.

Sambil itu Yaakub memuji peranan Noraini kerana mempunyai daya semangat yang jitu ingin membantu ahl-ahlinya inilah satu-satunya pemimpin Wanita UMNO yang mempunyai pandangan jauh untuk membantu ahli-ahli untuk menjana kehidupan yang lebih senang di masa-masa mendatang



Seminar yang bermula dari jam 1.30 pm hingga jam 5.00 petang telah dihadiri lebih 300.00 orang dan acara kemuncak ialah cabutan tiket bertuah.

No comments:

Post a Comment