Sunday, 23 March 2014

LDP SEBAGAI RAKAN KOMPONEN BN PIMPINAN TEO CHI KANG TERUS MENDAPAT SOKONGAN PADU DI KALANGAN AHLI

Written by Admin
Sunday  March 23.2014
  
OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- “Kekuatan  kalangan komponen Barisan Nasional (BN) khususnya di peringkat sayap parti tidak akan mudah tergugat oleh golangan anasir-anasir yang ingin memecahbelahkan perpaduan yang sentiasa terjalin ini  memandangkan kepimpinannya sentiasa mengambil usaha dan inisiatif untuk mempererat semangat silaturrahim” kata Menteri Tugas-Tugas Khas  Datuk Teo Chi Kang

Beliau yang juga Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) berkeyakinan tinggi persefahaman sedia terjalin ini akan memberi kekuatan kepada parti sekali pun menghadapi pelbagai cabaran khususnya daripada pihak pembangkang.
"Perpaduan dalam BN khususnya peringkat Pemuda Negeri akan bertambah akrab berikutan adanya inisiatif yang sangat baik ini membolehkan mereka saling mengenali dan bertukar-tukar pandangan mengenai matlamat dan halatuju parti.

"Ia secara tidak langsung memupuk silaturrahim yang lebih kukuh. Saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pergerakan Pemuda LDP Pusat diatas inisiatif menganjurkan aktiviti yang membantu parti memperkukuhkan kekuatan parti khasnya melibatkan sayap parti seperti pemuda," jelasnya.

Teo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Kapor menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Perlawanan Persahabatan Bowling dan Majlis Suaikenal antara Pemuda BN Zon 5 di Champ Bowl's, Jalan Leila, di sini, petang Sabtu lalu.

Pemuda BN yang telah menyertai perlawanan persahabatan anjuran Pemuda LDP Pusat itu antaranya Umno, LDP, PBS, Gerakan, PBRS, MCA dan MIC.

Hadir sama Ketua Pemuda LDP Pusat merangkap Pengerusi Penganjur iaitu Tsang Hieng Yee; Ketua Penerangan Pemuda BN Negeri selaku Ketua Pemuda Umno Sandakan, Fakarudin Tan Sri Haji Ampong dan ketua-ketua pemuda daripada zon 5 tersebut.  

Terdahulu, Tsang semasa ditemui memberitahu matlamat pihaknya mengadakan aktiviti sedemikian adalah bagi mengeratkan kerjasama kalangan pemuda BN.

"Kita akan perbanyakkan aktiviti ini untuk menyahut seruan parti sebagaimana dasar dan agendanya. Ini kerana, dengan adanya program sebegini ia bukan sahaja membantu kami untuk saling mengenali malahan dapat menggerakkan jentera parti sebagai persediaan menghadapi cabaran mendatang," ujarnya.

- SILATURRAHIM ... Teo (empat kanan) di samping ketua-ketua pemuda BN daripada zon 5 yang menyertai perlawanan persahabatan bowling sempena majlis suaikenal itu


No comments:

Post a Comment