Friday 28 March 2014

PEMADAM AJAK MASYARAKAT DAERAH SANDAKAN BERGANDING BAHU BASMI DADAH MUSUH UTAMA NEGARA....KATA NORAINI

Written by Admin
Friday March 28.2014



OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Penubuhan PEMADAM di negara ini telah diikhtiraf sebagai sebuah pertubuhan sukarela (NGO) membantu kerajaan dalam usaha membasmi masalah dadah  di negara ini.

Sejak awal penubuhan hingga kini fungsinya  masih tidak berubah PEMADAM sendiri telah merangka pelbagai strategi untuk menjelaskan, menerangkan kepada belia dan remaja mengenai penyalahgunaan najis dadah yang merupakan musuh utama negara.

Naib Pengerusi Wanita PEMADAM daerah  Sandakan yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan Noraini Sulong bercakap kepada Free Sandakan Today.com sejurus selepas menghadari Mesyuarat Agung Tahunan ke 29 PEMADAM daerah Sandakan yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan kelmarin pagi.

Kata Noraini kesimpulannya PEMADAM tidak akan berhenti dan untuk terus membantu dan bergerak bersama kerajaan dalam memerangi dadah sebagai agenda nasional.

Saya selaku Naib Pengerusi Wanita PEMADAM Daerah Sandakan dan juga Pengerusi Biro Hal Ehwal  Wanita  PEMADAM Sandakan  menyeru semua ahli PEMADAM dan rakyat khususnya masyarakat Sandakan  keseluruhannya bersama berganding bahu  membantu kerajaan membebaskan  negara kita dari dibelenggu najis dadah” ujar Noraini.

Noraini yang menang tanpa bertanding jawatan Naib Pengerusi Wanita PEMADAM Daerah Sandakan pada pemilihan AJK PEMADAM bagi penggal 2014/2015  akan berjuang habis-habisan  dan seterusnya  menggembeling tenaga untuk memperkasakan PEMADAM agar segala matlamat membantu membendung belia-belia dan remaja terjebak pengambilan najis dadah ini yang disifatkan sebagai musuh utama negara   dapat dicapai.





No comments:

Post a Comment