Tuesday 4 March 2014

KES KHALWAT ANUAR BUAT RAYUAN MAHKAMAH KALI KEEMPAT

Written by Admin
Tuesday Mac 4. 2014

OLEH: SALMAH WAN DZULKIFLIE
  
PUTRAJAYA:- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguam yang mewakilinya akan dikenakan tindakan oleh Mahkamah sekiranya beliau cuba untuk membuat rayuan kali keempat bagi melambatkan kes liwat membabitkan dirinya.

Peguam Pendakwa Raya yang diketuai Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, mahkamah hari ini mula sedar, dimana proses rayuan yang dibuat oleh Anwar dan peguamnya adalah satu tindakan untuk melengah-lengahkan rayuan kes liwat membabitkan diri beliau.

"Alasan yang dikemukakan adalah alasan yang remeh, sebab itu mahkamah telah membuat keputusan bahawa ini adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.

"Ia juga melibatkan Anwar menerusi peguam-peguam beliau sebagai tuntutan guaman yang hanya menyusahkan mahkamah dengan beberapa permohonan yang remeh temeh." katanya kepada Media  di lobi Istana Kehakiman selepas mendengar keputusan rayuan Anwar untuk gugurkan Shafee Abdullah sebagai Pendakwa Raya ditolak petang semalam.

Jelas Shafee, beliau membantah keputusan Anwar untuk menangguhkan kes yang sedang berjalan hari ini walaupun mahkamah telah membuat keputusan,

"Kes rayuan hari ini pun dia (Anwar) mahu tangguhkan, tetapi saya bantah.

"Jadi mahkamah dengan itu telah membuat keputusan bahawa pemohonan ini juga ditolak dan kes rayuan ini akan dijalankan pada 6 dan 7 Mac ini." katanya.

Dalam pada itu, permohonan rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan Pendakwa Raya dalam rayuan kes liwat membabitkan dirinya ditolak buat kali ketiga berturut-turut oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini.

Wartawan Free Sandakan Today.com Kuala Lumpur akan mengikuti perkembangan kes ini dari masa kesemasa.



No comments:

Post a Comment