Sunday, 16 March 2014

AMPONG GESA AHLI-AHLI UMNO SANDAKAN AGAR MENANAM NILAI-NILAI MURNI JATI DIRI DALAM PERJUANGAN

Written by Admin
Sunday Mac 16, 2014


OLEH: SHAIMON S JUMADI
 

SANDAKAN:- Ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi termasuk cawangan dan bahagian diseru agar  menanam nilai-nilai murni dalam jati diri bagi menyemarakan semangat setia kawan dan menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain demi mewujudkan perpaduan dan kerjasama yang erat sesama ahli-ahli khususnya di dalam satu bahagian.

Dengan wujudnya kerjasama sama yang intim maka kekuatan jentera parti sama ada di peringkat Bahagian mahupun cawangan bertambah kukuh dan tidak mudah dikutak katikan oleh musuh-musuh politik yang sentiasa mahu menghancurkan perjuangan kita khususnya UMNO.


Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon berkata demikian kepada Free Sandakan Today.com sebelum mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bahagian itu bagi kali yang kelima yang diadakan di Bilik Mesyuarat petang tadi.


“Kita sudah beriktiar memanggil dan memujuk kepada ahli-ahli UMNO yang lain supaya kita bersatu semula dan lupakan saja kisah-kisah lalu buang yang keroh ambil yang jernih demi menjamin keutuhan dan kesejahteraan  perjuangan UMNO agar lebih mantap lagi” ujar Ampong.

Lagipun tambah Ampong ini adalah system demokrasi yang diamalkan dalam UMNO sejak dari dulu lagi  sesiapa saja ahli yang berminat bertanding apa saja jawatan yang difikirkan layak tidak dihalang  akan tetapi yang kalah haruslah menerima hakikat  atas kekalahan tersebut dan yang  menang pula jangan angkuh atau sombong teruskan perjuangan ini sebagai wadah untuk  meneruskan agenda parti yang diterajui.

“Tiada faedahnya  persengketaan sebegini gara-gara kalah bertanding  dipihak yang menang terus dimusuhi selama-lamanya  ini akan merugikan diri sendiri dan kalau takut kalah lebih baik jangan bertanding bukan kah kalah dan menang itu memang lumrah dan adat perlawanan jadi yang kalah jangan gabrak kita kembali ketempat asal  kita dan sama-sama dan berganding bahu untuk meneruskan perjuangan UMNO demi bangsa Melayu demi tanah air dan demi agama Islam” tegas Ampong

Turut hadir di Mesyuarat tersebut Ketua Pemuda Bahagian UMNO Sandakan Pakarudin Tan Sri Ampong, Ketua Wanita Bahagian UMNO Noraini Sulong dan Ketua Puteri Bahagian UMNO Sandakan Siti Aibah Majid.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ampong antara lain membincangkan mengenai program-program bahagian untuk tempoh sepanjang tahun ini.



No comments:

Post a Comment