Monday 24 March 2014

5 APRIL DEPAN PERASMIAN MESYUARAT BERKELOMPOK CAWANGAN,WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO SANDAKAN

Written by Admin
Monday March  24.2014

OLEH: MOHD SUFFIAN AHMAD
FOTO: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Bahagian UMNO Sandakan telah menetapkan tarikh Mesyuarat berkelompok Bahagian,Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri akan diadakan  di Dewan Masyarakat Sandakan pada 5 April ini dan  sekaligus akan dirasmikan oleh Ketua Bahagian UMNO Sandakan.

Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon  berkata demikian  sejurus selepas mempengerusikan  Mesyuarat khas dengan Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri khususnya membicangkan perjalanan Mesyuarat yang dimaksudkan itu.

Dari  jumlah puluh empat (54) buah Cawangan UMNO yang membabitkan zon Elopura dan Zon Tanjung Papat 32 daripadanya telah disahkan dapat hadir pada Mesyuarat tersebut  yang menglibatkan 515  Ketua-Ketua Cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri .
  
Ampong berkata ini adalah arahan daripada Ibu Pejabat UMNO Malaysia  di mana semua cawangan yang disebutkan tadi diwajibkan dan dimestikan mengadakan Mesyuarat Agung disetiap sudut peringkat cawangan.


“Saya merayu sebagai ahli UMNO harus kena patuh  ini selaras dengan konsep perjuangan UMNO “Bersatu Setia dan Berkhidmat” dan dapat melapangkan masa  sama-sama menghadiri Mesyuarat itu nanti” ujarnya.
  
Katanya lagi mana-mana cawangan yang tidak  mahu mengadakan Mesyuarat Agung cawangan  mereka tidak dibenarkan menghantar ahli-ahlinya keperwakilan Mesyuarat Tahunan Bahagian yang bakal di adakan nanti

Turut hadir pada Mesyuarat tersebut Ketua Pemuda Bahagian UMNO Sandakan Pakarudin Tan Sri Hj Ampong, Ketua Wanita Bahagian Noraini Sulong, Ketua  Puteri Bahagian Siti Aibah Majid, Setiausaha Bahagian UMNO Haji Hamdan Hj Dikong dan Bendahari Bahagian Mohd Hj Abdul Hamid@Utung.





No comments:

Post a Comment