Wednesday 26 March 2014

JAWATANKUASA MAJLIS PERKHIDMATAN MASYARAKAT SABAH LAWAT RUMAHY-RUMAH AMAL NGO

Written by Admin
Wednesday March 26 2014


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:-  Lawatan kerja Presiden Majlis Warga Emas Sabah Datuk William  J Chai ke beberapa pusat badan-badan NGO antaranya  Pusat Rumah Amal Cheshire Sabah-Sandakan bersama rombongannya yang terdiri daripada Jawatankuasa Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS)  beliau berpuas hati dengan urus tadbir perjalanan badan-badan NGO tersebut.



Bercakap kepada Wartawan Free Sandakan Today.com beliau memuji  sikap kerajaan yang ada sekarang kerana begitu prihatin selain membantu menyalurkan dana bahkan pihak kerajaan juga memberikan kemudahan seperti membenarkan menggunakan rumah-rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai pusat dan pejabat-pejabat mereka.

Semasa  William dan rombongan berada di Rumah Amal Cheshire mereka telah diberikan taklimat mengenai urus tadbir pusat penempatan orang-orang istimewa ini  oleh Penegerusinya Hee Qui Shing.

Katanya orang kurang upaya yang tinggal di pusat ini  bukan sekadar makan minum mereka dijaga oleh pengasuh bahkan mereka juga diberi bimbingan  dan diajar dalam pelbagai aspek seperti melakukan latihan membuat anyaman kraftangan dan lain-lain lagi.

Hee bagi pihak ahli-ahli Jawatankuasa Rumah Amal Cheshire Sandakan mengucapkan terima kasih  kepada rombongan lawatan tersebut kerana sudi melapangkan masa untuk melawat ke pusat-pusat NGO walaupun masa begitu singkat sekurang-kurang mereka dapat mengetahui lebih dekat lagi tentang masalah-masalah yang sedang dan telah dihadap oleh badan-badan NGO di daerah ini.

No comments:

Post a Comment