Sunday 23 March 2014

HJ GADONI DAN HJH JARIAH JOHAN QARI DAN QARIAH WAKIL DAERAH SANDAKAN KE TILAWAH NEGERI PADA 9 APRIL INI

Written by Admin
Sunday March 23. 2014
  
OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:- Kerajaan melalui badan Dakwah Islamiah menganjurkan majlis Tilawah Al Quran sama ada peringkat Zon, Daerah dan peringkat negeri khususnya di Sabah pada saban tahun selain untuk memupuk semangat perpaduan dan silaturahim ia juga bertujuan untuk meningkatkan syiar dakwah Islamiah di samping menggalakan masyarakat Islam mencintai kitab suci Al Quran ia merupakan panduan hidup kepada insan yang bernama muslim.
 
Dalam melibatkan apa juga aktiviti-aktiviti yang berunsur keagamaan Islam masyarakat perlu menyingkir seketika dulu  soal fahaman idologi politik yang berbeza-beza ini demi keunggulan dan menegakan  perjuangan Islam agar umatnya dapat bersatu bagi menjalinkan keharmonian kaum sejagat.

Demikian dinyatakan sendiri oleh Timbalan Ketua USIA Sabah Tan Sri Hj Ampong Hj Puyun ketika berucap menyempornakan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Sandakan yang dilangsungkan di Masjid Jannatun Naim Sri Taman dekat sini malam tadi.

“Dalam dunia yang  serba serbi moden dan globalisasi Islam memang sentiasa banyak menerima pelbagai cabaran-cabaran daripada musuh-musuh yang ingin menghancurkan Islam tetapi kita harus berani menghadapi cabaran-cabaran tersebut” katanya.

Kata Ampong lagi sebagai umat Islam kita harus menjauhi segala larang-larangan yang bertentangan  dengan akidah Islam seperti berjudi, minum arak dan melakukan perkara-perkara yang mungkar kerana ini akan membawa kemudaratan dan membinasakan diri sendiri.

“Kerajaan memang sentiasa mengambil berat dalam soal syiar Dakwah Islam di negeri ini lantaran banyak  mewujudkan institusi-institusi seperti membina sekolah-sekolah Agama islam termasuk Madrasah dan Pesantren di kawasan luar bandar mahupun di kawasan Bandar dengan satu matlamat dan satu niat untuk mendidik anak-anak kita supaya jadi insan yang mulia dan patuh kepada ajaran-ajaran agama Islam bila dewasa kelak” ujarnya

Ampong juga memuji dan berterima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang merupakan Urusetia Pentadbiran Kerajaaan Negeri di daerah  Sandakan yang sentiasa mengambil berat terhadap perkembangan dan kemajuan Syiar Dakwah Islam dan tidak dinafikan MPS memang terlibat dalam membiayai perongkosan apa jua aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Islam.


Majlis Tilawah Al Quran peringkat Daerah ini adalah dianjurkan  Badan Dakwah USIA Sandakan yang diterajui  oleh Datuk Hj Alipudin Hj Puyon sebagai Pengerusi Pelaksana program tersebut.

Beliau juga berterima  kasih kepada para penaja makan minum, Astaka dan lain-lain kemudahan  termasuk pihak media atas kerjasama mereka maka berjayalah program ini dijalankan dengan semporna. 

Seramai tujuh orang peserta Qari dan Qariah yang menyertai Tilawah Al Quran yang mewakili zon DUN Elopura, Karamunting, Sekong, Gum-Gum dan Sungei Sibuga masing-masing mempunyai kehebatan dalam pembacaan Al Quran.

Johan Qari Peringkat Daerah Sandakan  disandang oleh Haji Gadoni daripada DUN Sungei Sibuga dan Johan Qariah disandang oleh  Hajah Jariah Palaka daripada DUN Elopura masing-masing menerima wang tunai RM500.00 dan sekeping sijil penghargaan.

Mereka yang telah dinobatkan sebagai Johan Qari dan Qariah akan mewakili daerah Sandakan ke Majlis Tilawah Al Quran peringkat negeri yang akan di lansungkan pada 7,8 dan 9 April di Kudat.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Presiden MPS HajI Mohd Hamsan Hj Awang Supain, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Mohd  Hj jAbdul Hamid @Utung, Chan Tsun Hei Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Elopura dan juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Norani Sulong dan rombongannya..



No comments:

Post a Comment