Thursday, 20 March 2014

CARI ORANG YANG BUAT MAKLUMAT PALSU LAPORKAN KE POLIS.... RODZIAH

Written by Admin
Thursday March 20. 2014

OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE

SELANGOR:-  Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail meminta rakyat mencari orang yang melakukan fitnah dan menyebarkan maklumat palsu dalam PRK Kajang dan melaporkannya kepada polis.
Katanya, hebahan yang ditabur di Kajang adalah fitnah dan palsu.
“Ia berniat jahat dan ingin melihat berlakunya kekeliruan dan kekecohan antara rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada media  yang mengulas mengenai penyebaran hebahan yang mengatakan kerajaan negeri akan mengurangkan cukai pintu sebanyak 20 peratus jika PKR menang di Kajang pada 23 Mac ini.
Beliau yang juga ADUN Batu Tiga berkata hebahan itu sangat jelas direka oleh seseorang yang tidak cerdik akalnya kerana tidak mencerminkan kenyataan daripada sebuah kerajaan negeri.
“Sudah pasti ia bukan sama sekali hebahan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan kerana terkandung banyak kecacatan format, bahasa dan informasi,” jelasnya.
Katanya lagi, kriteria kelayakan ibu tunggal yang disebut amat dangkal dan mempamerkan kecerdasan yang sangat lemah bila mana hebahan tersebut seolah-olah mendakwa kriteria ibu tunggal yang disahkan hanya mereka yang membawa surat perceraian sahaja.
“Seorang wanita boleh menjadi ibu tunggal bukan hanya ketika berlaku perceraian,” ujarnya.
Beliau berkata hebahan tersebut adalah fitnah dan palsu.
“Mereka yang mencipta, mencetak dan mengedarkannya adalah pemfitnah, kekontangan rasa tanggungjawab dan mesti dibawa ke pengadilan,” tegasnya lagi,
Selain itu kata Rodziah para pe impin BN sudah ketandusan idea sehingga kehilangan pesawat MH730 yang kini masih belum ditemui lagi mereka menuduh ini adalah rancangan PKR.
Tindakan para pemimpin BN yang membuat tuduhan tersebut yang tidak berasas itu membuat rakyat di Selangor dan pengundi Kajang bertambah marah lagi dengan BN khususnya UMNO ini jelas kemenangan calon Pakatan Rakyat Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan mudah menumpaskan lawawannya iaitu Datin Seri Paduka Chew Mei Fuun pada PRK DUN Kajang pada 23 Mac ini." Katanya


No comments:

Post a Comment