Tuesday, 4 March 2014

POLIS BERJAYA TANGKAP PELACUR WAGRGA FILIPINA UMUR 18 HINGGA 34 TAHUN DI BANDAR INI

Written by Admin
Tuesday  Mac 4. 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
  









SANDAKAN:-  Antara umur 18 hingga 34 tahun wanita warga Filipina yang menjalankan  kegiatan pelacuran di bangunan Blok 44  Bandar ini  telah diberkas oleh Polis  pada tengahari Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Asistan Komisioner  Rowell Marong berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari pihaknya yang bertindakan atas maklumat  lantas membuat pemeriksaan di penginapan berkenaan.

Rowel berkara hasil pemeriksaan mendapati lima wanita terbabit berada di penginapan tersebut  sedang  menunggu pelanggan.

“Kelima-lima wanita yang ditahan itu  di syaki terlibat dalam aktiviti pelacuran dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri”tambahnya.

Mereka yang ditahan kata  Rowell  akan disiat di bawah seksyen  372B kanun keseksaan .

Katanya kegiatan pelacuran di Bandar ini agak sukar dibanteras maka orang ramai harus bekerja sama dengan pihak polis  jika mengetahui di mana adanya tempat-tempat atau sarang-sarang pelacuran .


No comments:

Post a Comment