Wednesday 26 March 2014

NORAINI SULONG MENANG TANPA TANDING JAWATAN NAIB PENGERUSI WANITA PEMADAM SESI 2014/2015

Written by Admin
Wednesday March. 26, 2014


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:- Seorang aktivis masyarakat  yang tidak asing lagi di daerah Sandakan khasnya  Noraini Sulong menang tanpa bertanding jawatan Naib Pengerusi Wanita PEMADAM Daerah Sandakan  bagi sesi 2014/2015 pada Mesyuarat Agung Tahunan PEMADAM Daerah Sandakan ke 29 yang diadakan pagi tadi di Dewan Masyarakat Sandakan. 

Pada mulanya Noraini dicabar oleh pencabarnya iaitu Datin Junaidah Aji dan Hajah Siti Hawa Pulau untuk jawatan  tersebut tetapi disaat-saat akhir mereka berdua telah menarik diri kerana ingin memberi peluang dan laluan kepada Noraini Sulong.

Jawatan Pengerusi PEMADAM yang kini disandang  oleh Datuk Ir James Wong tidak dipertandingkan sementara jawatan Timbalan Pengerusi dikekalkan yang di sandang oleh Hj Mohd Hamsan Hj Awang Supain dan mana kala jawatan Naib Pengerusi disandang oleh Haji Wahab Hj Alfah.
Jawatan  Setiausaha, Bendahari dan Penerangan akan dilantik kemudian oleh Pengerusi PEMADAM daerah Sandakan pada Mesyuarat AJK pertama badan itu kelak.

Bagi jawatankuasa bagi sesi 2014/2015 mereka ada yang dikekalkan dan yang dilantik muka-muka baru untuk menerajui kepimpinan PEMADAM daerah Sandakan.

Dalam ucapan ringkas Hj Hamsan meminta semua AJK yang terlantik semula dan yang baru supaya dapat memberikan kerjasama sepenuhnya agar segala matlamat dan aspirasi PEMADAM dapat mencapai sasarannya khusus untuk membantu pihak AADK dan kerajaan bagi menangani masalah dadah  dikalangan belia dan remaja yang mudah terjebak dalam kanca ini.

Noraini yang juga selaku Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli PEMADAM sama ada diperingkat Induk mahupun cawangan atas  kepercayaan untuk memilih beliau sebagai Naib Pengerusi Wanita PEMADAM  daerah Sandakan.


“Saya berjanji akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya seperti yang diamanahkan ini demi memperkasakan perjuangan PEMADAM daerah ini dalam konteks membantu pihak kerajaan memerangi salahguna najis dadah di kalangan masyarakat khususnya para belia dan remajA” Ujar Noraini.

No comments:

Post a Comment