Saturday 29 March 2014

MELALUI PROGRAM GOTONG ROYONG DAPAT MEMUPUK SIRATULRAHIM ANTARA SATU SAMA LAIN......AMPONG

Written by Admin
Saturday March 29.2014


OLEH:  AZMI AZMAN
FOTO MUHD SUFFIAN AHMAD




SANDAKAN:- Program gotong royong setiap kali dianjurkan  oleh mana-mana badan NGO mahupun jawatankuasa Masjid atau Surau ia menjurus bagi menjalinkan siratulrahim di kalangan masyarakat setempat.

Dari itu program sebegini rupa harus dikekalkan dari masa semasa agar ianya menjadikan satu budaya dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bagi menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain

Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Puyon berkata demikian  pada Program Membara Gotong Royong Membantu Rakyat anjuran  Biro Kebajikan UMNO Sandakan dengan kerjasama dengan  Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) P186 Sandakan yang dilangsungkan di Perkarangan Masjid Jannatun Naim Sri Taman pagi tadi.

Teks ucapannya yang dibacakan oleh Setiausaha Bahagian UMNO Sandakan Hj Hamdan Hj Dikong antara lain memuji sikap ahli jawatankuasa pelaksana kerana berjaya menganjurkan program gotong royong di seluruh masjid zon Elopura.

Katanya lagi  UMNO Bahagian UMNO Sandakan telah membentuk badan-badan Biro haruslah menjalankan aktiviti-aktiviti masing-masing contohnya seperti Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan di bawah kepimpinan Noraini Sulong amat mengkagumkan kerana  tidak hentinya mengadakan pelbagai program boleh dikatakan agenda disetiap hujung minggu terlalu padat.

“Tindakan Ketua Wanita UMNO Sandakan Noraini Sulong boleh dijadikan contoh oleh mana-mana badan-badan NGO mahupun badan-badan politik yang lainnya kerana kesungguhan Noraini menyertai apa juga program sama ada anjuran Wanita UMNO mahupun anjuran badan-badan lain” tegasnya.

Noraini yang sempat ditemuramah oleh Pegawai Akhbarnya (SSJ) yang juga Pengarang  Kanan Free  Sandakan Today berpendapat program yang diadakan pada pagi ini amatlah baik kerana ia secara tidak langsung dapat bertemu  dan suai kenal dengan pengerusi-pengerusi masjid/surau yang ada dilingkungan Elopura


Turut hadir pada majlis tersebut Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Elopura Mohd Abdul Hamid, Ketua Pemuda Bahagian UMNO Sandakan Pakarudin Tan Sri Hj Ampong, Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong dan Ketua Bahagian USIA Sandakan Datuk Hj Alipudin KK Puyon.

No comments:

Post a Comment