Saturday, 15 March 2014

NORAINI YAKIN PENUH CALON BN MENANG PRK DI KAJANG

Written by Admin
Friday  Mac 14.2014


OLEH: WAN SALMAH  WAN DZULKIFLIE




SELANGOR:- Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong yang turut berada semasa hari penamaan calon pilihanraya Kecil DUN Kajang yang diadakan di Kompleks Sukan Bangi minggu lalu  turut  memberi keyakinan bahawa Calon BN iaitu Datin Peduka Chew  Mui Fan yang ditentang oleh Calun Pakatan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka akan meraikan kemenangan besar bagi menumpaskan penentangnya

Kata Noraini pengundi dan rakyat Kajang masih menyokong kNegeri Selangor BN adalah parti pembangkang namun di peringkat persekutuan BN adalah parti yang memerintah negara yang mampu memberikan apa saja untuk rakyat jelata dalam pelbagai kemudahan asas.

“Pelbagai bantuan yang di salurkan oleh kerajaan tidak mengira siapa mereka turut sama-sama menikmatinya inilah kebagusan para pemimpin BN yang telus, jujur dan bersikap adil dan saksama” ujarnya.
  
Noraini yang berada di Kajang adalah mengikuti rombongan daripada UMNO Bahagian Sandakan yang diketuai  Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon Ketua Bahagian UMNO Sandakan selama lima hari bermula pada 10 hingga 14 Mac ini untuk membantu kempen calon BN yang bertanding kerusi Dun Kajang.

“Rakyat Kajang yang inginkan kemajuan dan pembangunan yang lebih pesat maka harus bijak  mengundi calon BN untuk kesejahteraan hidup rakyat dan   meningkatkan lagi pembangunan untuk rakyat” jelasnya.



No comments:

Post a Comment