Monday, 3 March 2014

TERESA KOK TIDAK AKAN TUNDUK SEBARANG ANCAMAN DAN UGUTAN

Written by Admin
Monday Mac 03-2014

OLEH: KARUNAKARAN A/L SAMIPIUTTU

KUALA LUMPUR:-  Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang mengancam akan mengadakan protes beramai-ramai di depan pejabatnya.
Beliau merujuk ‘kata dua’ yang disampaikan JMM melalui memorandum 27 Februari lalu yang mendesak Teresa memohon maaf berhubung satira politik ‘Onederful Malaysia’.
Mengikut laporan Utusan Malaysia, JMM malah mendesak kerajaan melucutkan kerakyatan Teresa, kononnya sebagai hukuman ke atas beliau.

Satu laporan polis dibuat keesokannya di Balai Polis Seri Petaling berhubung ugutan itu.

“Mereka mengancam jika saya gagal berbuat demikian dalam masa 10 hari, mereka tanpa ragu akan bawa satu ‘batalion’ untuk mengadakan protes di depan pejabat saya”Kata Teresa

“Saya harap polis akan segera siasat terhadap ancaman itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini kepada media.

Beliau bagaimanapun bertegas tidak akan tunduk kepada desakan itu.

“Saya ulang sekali lagi bahawa saya tidak akan meminta maaf berhubung video itu kerana ia tidak langsung menyentuh isu kaum dan agama. Saya tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan

“Saya yakin rakyat Malaysia yang bersikap sederhana menyokong saya,” katanya lagi d imana Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu sebelum ini menerima pelbagai ancaman berhubung video itu, termasuk tawaran RM2,000 oleh NGO pro-UMNO untuk sesiapa yang berjaya menamparnya.

Pejabat pusat khidmatnya juga disimbah cat merah serta ditinggalkan bangkai ayam dan dua keping gambarnya pada 19 Februari lalu.

Sebilingan rakyat Malaysia di negara in kurang setuju di mana beberapa badan NGO Islam yang disebut sebagai Majlis Jemaah NGO Islam dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang bertindak untuk mencederahkan Teresa Kok Ahli Parlimnen Seputih.

Dalam kenyataan Mustafah Hamza kalaupun mereka mencederahkan Teresa Kok sama ada mati atau hidup mereka tidak akan diambil sebarang tindakan undang-undang sebab mereka ada kuasa muktlak, jadi rakyat di seluruh Malaysia termasuk sabah dan Sarawak  tolong jangan  pertikaikan perjuangan kami untuk membinasakan sesiapa saja..

“Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia memang anti Cina dan India di negara ini jadi mereka jangan coba main-main dengan kami jika mahu selamat kami tidak akan teragak -agak  mengarahkan para ahli-ahli kakami untuk membuat huru hara dalam negara ini” kata Mustapa .

No comments:

Post a Comment