Tuesday 27 October 2015

SESI DIALOG DAN CERAMAH AMANAH DAPAT SAMBUTAN



OLEH: SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:  Parti Amanan Negara (AMANAH)  yang diketuai oleh Mohd Sabu yang menjawat-jawatan Presiden telah berkunjung ke daerah Sandakan baru-baru ini.

Setelah berada di Sandakan  satu sesi Dialog dan Ceramah yang  Parti Amanah telah diadakan di Kampung Bokara.;

Turut hadir pada sesi dialog dan ceramah tersebut ialah Haji Hamzah Abdullah  Pengerusi Amanah Sabah Ust Hasauddin Mohd Yunus Naib Presiden dan Adin Ismail Ketua Penerangan PKR Batu Sapi.

Antara agenda utama yang dibincangkan pada sesi dialog dan cemarah tersebut ialah menerangkan tentang perjuangan Parti Amanah kepada rakyat disamping mengatur strategi  parti bagaimana untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU 14 nanti.

Untuk memantabkan perjuangan Amanah perlu mendapat kerjasama bersepadu dengan Pakatan Rakyat  antaranya PKR dan DAP barulah mendapat sokongan kuat daripada pelbagai golongan rakyat di Negara ini.

No comments:

Post a Comment