2 4 0 6
By Admin
Tiga ahli PKR yang dimaksudkan adalah Shamsul Iskandar Mohd Akin, Faekah Husin dan Amiruddin Shari
SHAH ALAM:- Tiga orang ahli PKR yang melanggar disiplin kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk ancaman dimedia-media cetak dan portal di mana Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr. Tan Kee Kwong berkata pihaknya akan mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab kepada tiga ahli PKR untuk mendapatkan penjelasan berkenaan kenyataan-kenyataan media yang telah mereka keluarkan.
Menurut Tan dalam satu kenyataan, tiga ahli tersebut adalah ahli PKR Cabang Jasin – Shamsul Iskandar Mohd Akin, ahli PKR Cabang Kuala Langat – Faekah Husin dan ahli PKR Cabang Gombak – Amiruddin Shari.
Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan berikutan desakan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar yang mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor, adalah satu tindakan yang melangkaui arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, tindakan tersebut telah melangkaui arahan Anwar yang meminta semua pemimpin PKR supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jawatan Menteri Besar Selangor.
Dalam masa yang sama, Faekah turut mempersoalkan mengapa Dr. Daroyah tidak melepaskan jawatannya walaupun kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kapar.
“Jika hujah Shamsul Iskandar bahawa Khalid harus mengambil tanggungjawab moral untuk melepaskan jawatan Menteri Besar, bagaimana pula halnya dengan Dr. Daroyah Alwi?
“Bukankah beliau juga kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kapar. Adakah Dr. Daroyah juga perlu melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor hanya semata-mata kerana kalah dalam pertandingan Ketua Cabang?” soalnya.
Kata Faekah lagi, janganlah kerana keinginan yang teramat sangat untuk mengampu sehingga sanggup mencampakkan dirinya ke ruang kebodohan undang-undang.
No comments:
Post a Comment