Wednesday, 2 July 2014

KHALID IBRAHIM MASIH LAGI MENTERI BESAR SELANGOR

 9 0 0 10
By Admin
Spekulasi dan desakan yang disebarkan oleh banyak pihak tidak akan menguntungkan sesiapa.
 
 




 \
 
KHALID.....Saya masih lagi Menteri Besar jangan bimbang saya akan bersara juga 

SELANGOR:- Ada pihak-pihak tertentu yang  suka  menggembar gemburkan kononnya Azmin Ali bakal jadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Datuk Khalid Ibrahim  masa terdekat ini  dan berita ini tersebar luas di media-media cetak dan portal.


AZMIN  LAYAK...Sayapun layak jadi Menteri Besar Selangor tapi bukan sekarang


Namun hakikatnya  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor walaupun kini beliau diasak hebat oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang mendesaknya untuk meletak jawatan.
Menurutnya, spekulasi-spekulasi dan desakan-desakan yang disebarkan oleh banyak pihak ini tidak akan menguntungkan sesiapa.
“Kepimpinan kita haruslah menunjukkan kematangan dan bertanggungjawab dalam setiap keputusan yang kita lakukan.
“Hal ini bagi menyakinkan rakyat bahawa PR adalah satu parti yang mampu bersaing dengan Barisan Nasional,” katanya dalam satu sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam, hari ini.
Kata Khalid lagi, bagi menyakinkan rakyat, setiap pemimpin di dalam PR juga haruslah menunjukkan kebijaksanaan dalam membuat sebarang kenyataan.
Dalam masa yang sama, Khalid turut mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Perkara itu tidak sepatutnya dikomen dalam perbincangan media tetapi, jika perlu boleh dibawa ke biro politik untuk dibincangkan,” katanya.
"Azmin Ali jangan bimbang pastinya bila Khalid bersara nanti pastinya kamu juga yang menduduki   kerusi Menteri Besar Selangor tunggu saja kamu yang paling layak" kata  Rahmat Kidul.



No comments:

Post a Comment