Written by Admin
OLEH: SAIMON S JUMADI
SEKONG:- Memang sudah menjadi
kewajiban dan tanggungjawab setiap pemimpin yang dipilih membantu rakyat di kawasanya yang ditimpa
musibbah khususnya dalam tragedy kebakaran.
HULUR BANTUAN.....Samsudin sedang menyampaikan batuan kepada salah seorang keluarga mangsa kebakaran
Dalam pada itu seramai empat keluarga mangsa kebakaran di Kampung
Sundang Darat kawasan DUN Sekong masing-masing menerima bantuan daripada
Jabatakan Kebajikan Masyarakat Sandakan pagi tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya
telah menyampaikan sumbangan dan batuan makanan dan lain-lain keperluan kepada
4 keluarga mangsa terbabit.
Ini adalah dasar kerajaan BN yang tidak meminggirkan mana-mana rakyatnya
yang ditimpa musibbah pastinya mereka mendapat pelbagai bantuan daripada kerajaan
yang memerintah pada hari ini untuk meringankan beban yang ditanggung oleh
mangsa terbabit.
Samsudin berkata dengan adanya bantuan seumpama ini yang dihulurkan daripada jabatan berkenaan
dapatlah meringankan sedikit beban terutama sekali mereka yang menjalani ibadah
puasa di bulan Ramadan ini dan bakal
menyabut hari lebaran nanti.
No comments:
Post a Comment