Sunday, 10 November 2013

KERANA GAGAL MEMBELA RAKYAT ADUN PKR KELUAR PARTI...MUSA


Sunday 10 November 2013
By Admin

KUALA PENYU:- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata tindakan beberapa wakil rakyat meninggalkan parti masing-masing kebelakangan adalah bukti kesedaran pemimpin berkenaan bahawa mereka tidak berupaya membantu rakyat jika kekal sebagai pembangkang.

“Saya ingin mengulangi (kenyataan saya sebelum ini) bahawa lebih ramai akan keluar atas kesedaran sendiri bahawa jika mereka di pihak pembangkang tidak ada yang boleh dibuat untuk rakyat.

“Sebagai kerajaan BN, kalau mereka boleh bekerjasama dengan BN, kita akan bantu. Itu cara kita. Yang penting rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Nelayan Menumbok Ke-13 di sini hari ini.

 Musa berkata demikian sebagai mengulas tindakan Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Jelani Hamdan yang meletakkan jawatan yang disandangnya sejak, September lalu.

Jelani yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong dilaporkan berkata keputusan meletak jawatan itu dibuat semalam, kerana tidak berpuas hati dengan cara perlantikan barisan pimpinan PKR Sabah.

Menurut Musa, pemimpin BN menepati janji yang dibuat kepada rakyat dan akan sentiasa menemui rakyat di peringkat akar umbi tanpa mengira sama ada pilihan raya diadakan atau pun tidak...BI

No comments:

Post a Comment