Wednesday, 2 July 2014

MPS DIMINTA MEMINDAHKAN SEMULA KEDUDUKAN TONG SAMAH KETEMPAT ASALNYA




Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:- Tindakan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) memindahkan  tempat pembuangan sampah berdekatan dengan terminat Bas telah menimbulkan kemarahan di kalangan pengusaha dan pemandu bas setempat.

Sseorang pemandu Bas mini yang dikenali Ah Fah  memberitahu kepada Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tian Fatt yang membuat tinjauan sebaik saja menerima aduan daripada orang ramai dakwanya longgokan sampah yang jarang dikutip oleh pekerja MPS telah mencemarkan alam sekitar  kerana saban hari saban waktu bukan saja para pemandu yang terhidu bau busuk bahkan juga para penumpang turut sama terlibat.


BAU BUSUK.....Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong bersama tiga orang pemandu bas kelokasi tersebut

Menurut Ah Fah sebelum ini kedudukkan tempat pembuangan sampah diletakan berjauhan dengan terminal bas ini semuanya  gara-gara pihak MPS membenarkan penjaja PATI berniaga di hadapan Milimewah bukan saja bau busuk yang dialami setiap hari bahkan ruang parking Bas mini semakin mengecil.


 SAMPAH BERTABURAN.....Kelihatan sampah bertaburan dibawah tangga Milimewah yang tidak dikutip menjijikan mata memandang


Disebabkan ruang parking  Bas Mini  telah diguna pakai sebagai tapak lot para penjaja asing atas kebenaran pihak MPS  lantas para pemandu sering berdepan dengan polis trafik boleh dikatakan  setiap saat setiap hari mereka yang meletakan bas-bas mereka ditepi jalan kerap kali kena saman dalam sehari mahu juga 3 hingga 4 kali.
  
Kata seorang pemandu Bas mini yang dikenali sebagai Rashid memberi tahu pendapatan sehari habis untuk membayar saman saja kepada polis trafik bayangkan setiap kali saman RM300 kalau sepuluh  kali saman sudah RM3,000.00 ini bukan jumlah sebulan  lama kelamahan para pengusaha bas mini banyak yang lingkup gara-gara  pendapatan semuanya pergi ke polis trafik, macam mana mahu bayar gaji pemandu dan konduktor
  
“Saya bagi pihak para pemandu bas mini memohon dan merayu jasa baik pihak MPS agar dapat memindah semula tempat asal kedudukan tempat pembuagan sampah  demi kesejahteraan dan keselesaan orang ramai” ujarnya.

No comments:

Post a Comment