Wednesday, 2 July 2014

PASAR MALAM BANDAR KIM FUNG DILANJUTKAN 3 BULAN LAGI DAN MENAMBAH 50 LOT SEMENTARA



Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI

ELOPURA:-  Bermula dari bulan Ramadan sehingga bulan syawal pihak Jawatankuasa Pasar Malam Bandar Kim Fung telah menambah sebanyak 50 lot gerai lagi  buat semantara dan ini menjadikan kesemuanya berjumlah 150 lot  gerai.

Pasar Malam yang diwujudkan tiga tahN  yang lalu adalah untuk memberi ruang kepada orang ramai untuk menceburi dalam  dunia perniagaan secara kecil-kecilan  khusus untuk menjana ekonomi kepada penduduk setempat.

Menurut jurucakap Jawatankuasa itu pasar malam yang dibuka pada saban hari Sabtu bermula dari jam 5.00 hingga 10.00 malam mendapat sambutan daripada pelbagai golongan kerana terdapat bermacam-macam jenis barangan dijual termasuk menjual pelbagai jenis  juadah.

Kata jurucakap itu lagi dengan menambahan lot gerai tersebut  bukan saja memberi ruang dan peluang  kepada penjaja setempat  untuk mencari rezeki bahkan merupakan tarikan kepada pelancong luar dan dalam  untuk berkunjung pada setiap hari Sabtu.

Disamping itu juga  pihak Jawatankuasa Pasar Malam  ini  memohon kerjasama sepenuhnya kepada para pemilik kenderaan sebelum jam 5.00 petang  mereka diminta supaya  mengalihkan kenderaan masing-masing untuk memgolehkan para penjaja menyusun dan mengatur  segala peralatan dan perkakas jualan mereka ditempat tersebut.

No comments:

Post a Comment