Tuesday 1 July 2014

RESTORAN PLANTATION CAFE SABAH HOTEL PROMOSIKAN JUADAH BERBUKA PUASA DI BULAN RAMADAN



Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI






 JESSICA WONG...Jom Bersungkai







SANDAKAN:-  Sepanjang bulan Ramadan Almubaraq  Restoran Plantation Cafe Sabah Hotel telah menyediakan pelbagai jenis juadah makanan tradisional Malaysia untuk sajian dan santapan berbuka puasa bermula dari 28hb Jun hingga 27 Julai ini dengan harga yang berpatutan.

Bercakap kepada media  semasa menjamu selera berbuka puasa tajaan pihak Sabah Hotel malam  tadi dengan beberapa wartawan Jessica Wong (gambar)  yang menjawat jawatan sebagai  Banquet Sales and Events Manager antara lain menjelaskan Jom Bersungkai di Sabah Hotel ia terbahagi  kepada dua kategori santapan berbuka puasa bagi orang dewasa ialah RM52.00 dan bagi kanak-kanak pula berharga RM28.00 sahaja.


ALBUM KENANGAN ...Jessica bersama kakitangannya


TETAMU....Kelihatan Wartawan Kanan Free Sandakan Today SS Jumadi dan Wartawan New Sabah Times Rozzalin Hashim


Kata Jessica orang ramai yang mahu menempah meja untuk berbuka puasa dengan sanak saudara ataupun dengan rakan-rakan   mereka boleh menghubungi talian nombor 089-213299.

Selain itu kata Wong sempena sambutan Sandakan Festival 2014 ini pihak Sabah Hotel juga menyediakan  tawaran  bilik  harga pakaj  “Balik Kampung Special”  dengan harga RM169.00++ sebilik sehingga 15hb Ogos i

  
“Pihak Sabah Hotel juga kini sedang menaik taraf dan mengemaskinikan  pelbagai fasiliti sebagai perkhidmatan terbaik untuk semua  pelanggan  disamping itu buat sementara waktu ini pihaknya sedang melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian bilik-bilik besar (Grand Room) dan dijangka siap sepenuhnya  akhir bulan November tahun ini.” Ujar Jessica lagi.
  
Pihak pengurusan Sabah Hotel mengalu-alukan kunjungan orang ramai disepanjang bulan Ramadan Almubaraq untuk sama-sama menikmati kelazatan menu-menu juadah yang dihidangkan itu khususnya untuk santapan berbuka puasa atau etri kata lain Jom  bersungkai.


Selanjutnya Jessica bagi pihak Sabah Hotel mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan  kerana dapat meluangkan masa menerima jemputan berbuka puasa tajaan Plantation Cafe Restaurant  Sabah Hotel.


No comments:

Post a Comment