Saturday, 6 December 2014

MAHATHIR KECEWA TIADA SEORANGPUN PERWAKILAN MAHU BAHAS ISU 1MDB SEMASA PERSIDANGAN UMNO

OLEH: KAMARUL AZMAN

KUALA LUMPUR :  Kenapa tiada seorangpun para perwakilan dari mana-mana Bahagian UMNO menyuarakan tentang isu 1MDB kenapa tidak dibahas semasa dipersdangan UMNO 2014.
Tanya Tun Dr Mahathir Mohamad  dalam satu lagi penulisan di blog beliau hari ini, mengulangi pendirian dan kekecewaan beliau tentang isu 1MDB yang tiada seorang perwakilan UMNO mahu membahasnya.
Sambil itu beliau  mengucapkan tahniah kepada UMNO dan Presidennya kerana mengekalkan Akta Hasutan 1948, beliau turut menyatakan kekecewaannya terhadap perkara-perkara melibatkan rakyat yang tidak mendapat tempat dalam persidangan tersebut.
“Saya kecewa kerana banyak lagi rintihan dan keluhan rakyat tidak berjaya mempengaruhi pendirian UMNO dan kerajaan.”
1MDB
Isu 1MDB yang merupakan isu besar juga tidak dibahas, bahkan kerajaan langsung tidak memberi respon berkenaan tuduhan-tuduhan terhadap 1MDB.
“Yang menjadi tanda tanya bukan kenaikan harga elektrik kerana pembelian stesen janakuasa, tetapi kerana harga belian yang amat tinggi, dibayar dengan duit hutang yang bunganya tertinggi pernah dikenakan kepada kerajaan dan komisyen kepada Goldman Sachs sampai 11%.”
Simpan wang di Cayman Islands?
Dr M juga mempersoal tindakan kerajaan membuat pelaburan dan menyimpan wang di Cayman Islands sedangkan kepulauan itu adalah pusat operasi hedge fund dan dagangan matawang yang menjadi kegemaran syarikat biasa dan orang ramai melabur. Namun kerajaan tidak melabur di dalamhedge fund dan dagangan matawang kerana ia adalah sejenis judi yang berisiko tinggi.
Dr M juga mengutip kes Long Term Credit Management (LTCM) salah satu hedge fund terbesar yang telah mengalami kerugian besar dan akibatnya mengheret bank dan pelabur ke arah muflis, yang mana akhirnya diselamatkan oleh pelabur-pelabur Wall Street dan kerajaan Amerika Syarikat.
“Dahulu pun kerajaan Malaysia biasa dilamar untuk melabur dalam hedge fund dengan jaminan pulangan 30%. Tetapi ia ditolak. Berjudi bukan cara kerajaan mencari dana, samada secara langsung atau tidak langsung,” tegas Dr M.
Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA)
Dr M menganggap Perjanjian TPPA merbahaya walaupun pengecualian diberi kepada usaha memperbaiki kedudukan bumiputera kerana perjanjian ini lebih tertumpu kepada campurtangan dalam hal ehwal negara dan sekatan terhadap negara China. Dr M kesal kerana tiada niat dari kerajaan untuk tidak menandatangani perjanjian tersebut.
Sistem pelajaran memisahkan kaya dengan miskin
Dr M menegaskan lagi sistem pelajaran yang memisahkan antara yang miskin dengan yang kaya, kerana yang kaya mampu ke sekolah Inggeris yang memberi pelajaran berkualiti tinggi sehingga memudahkan mereka mendapat pekerjaan yang baik.
Sedangkan yang miskin hanya dapat ke sekolah kebangsaan dimana penguasaan bahasa Inggerisnya sangat rendah dan ketinggalan dalam bidang sains dan ilmu matematik. Akibatnya mereka tidak mudah dapat kerja dengan gaji yang tinggi.
“Dengan ini jarak antara miskin dengan kaya akan menjadi lebih luas,” keluh Dr M.
Mempermudah kelulusan peperiksaan dasar tidak baik
Dr M juga mengkritik dasar kerajaan yang mempermudahkan kelulusan peperiksaan sebagai dasar yang tidak baik kerana yang menjadi mangsa adalah anak rakyat yang miskin, bukan anak yang kaya. Dasar ini cuma untuk mencari populariti dan disukai ramai.
“Benar, mempermudahkan kelulusan peperiksaan popular, disukai ramai. Tetapi yang disukai ramai kerapkali tidak baik bagi mereka. Pepatah Melayu berkata “menang sorak, kampung tergadai”.
“Amat malanglah jika populariti lebih diutamakan dari nasib buruk anak rakyat yang terpaksa terima dasar yang tidak baik bagi mereka. Mereka menjadi mangsa, tidak anak orang kaya.”
“Dalam demokrasi kesukaan ramai memang penting tetapi janganlah kerananya tergadai masa depan anak bangsa.” POSTED BY THE SABAH INSIDER.net




No comments:

Post a Comment