Sunday, 7 December 2014

KAUNSELOR MPS MALAS TURUN PADANG UNTUK TINJAU2 TEMPAT YANG BERMASALAH


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO  MUSTAFFAH MOHD HASSAN


SANDAKAN:- Pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  nampaknya kurang prihatin untuk menjaga kebersihan di mana-mana  saja tempat  termasuk di lorong-lorong  semua bangunan di kawasan bandar tempat menjadi tumpuan orang ramai.

Kekotoran  yang terdapat di  bandar Sandakan tidak jauh bezanya  dengan pekan Semporna kebanyakannya lorong-lorong deretan bangunan disebelah belakannya didapati kotor dengan air bertakong berbau busuk.



 
Wartawan kami telah membuat tinjauan diberapa tempat khususnya di lorong-lorong bangunan di kawasan bandar Sandakan jelas memang kotor dan amat memalukan pihak kerajaan saja jika dilihat  menjijikan oleh para pelancong asing yang sering berkunjung ke bandar ini

Orang ramai kini  mulai mempertikaian terhadap tindak tanduk pihak MPS yang langsung tidak mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebersihan sedangkan MPS telah melantik beberapa orang sebagai  ahli majlis (Counsellor) dalam berapa jurusan bidang satu-satu tugas yang diamanahkan kenapa   seorangpun kaunselor yang mahu turun padang bersama-sama pegawai-pegawai MPS untuk meninjau keberapa tempat yang bermasalah itu. 

Masalah kekotoran yang terdapat dilorong-lorong bangunan berkenaan sering pandang remah oleh pihak MPS  sehingga sanggup membiarkannya begitu saja seolah olah air bertakong yang berbau busuk jadi perhiasan untuk tarikan pelancong luar

Contoh terdekat dilorong bangunan Restoran Zakaria 3 Leboh depan Wisma Sandakan keadaan kotor disitu sudah sekian lama tidak pernah dibersihkan para  peniaga membayar pelbagai cukai kepada pihak MPS nanum perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan amat mengecewakan kepada para pembayar cukai.






No comments:

Post a Comment