Monday 25 May 2015

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2015 6 CAWANGAN DAP BERJALAN LANCAR

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Mesyuarat  Agung Tahunan 2015  Cawangan-Cawangan  Parti Tindakan Demokratik (DAP telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat DAP Bandar Litat dekat sini kelmarin.

Pengerusi DAP Sandakan Stephen Wong telah mempengerusikan mesyuarat tersebut yang membabitkan 6 cawangan DAP antaranya yang terlibat Cawangan  Singapore Street, Cawangan Batu Sapi,Cawangan Karamunting,Cawangan Bandar Kim Fung,Cawangan Bandar Indah dan Cawangan Pekan Prima.

Dalam ucapan peramian Pengerusi DAP Sandakan Stephen Wong antara lain mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli DAP yang begitu setia terhadap pucuk pimpinan parti.

Katanya lagi kerajaan BN memerintah banyak masalah timbul satu demi satu  kes penculikan  di Sabah semakin menjadi-jadi yang terbaru kes penculikan ialah seorang pemilik Restoran Ocean King dabn seorang pelacung.

Pelaksanaan GST juga membebankan rakyat terutama sekali golongan miskin tegar harga barangan semakin hari kian mahal melambung tinggi termasuk isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kehadiran mereka di Sabah ini banyak kes-kes jenayah yang dilakukan 80 peratus melibatkan PATI.

”Sebagai contoh kes rompakan bersenjata sehingga Pengurus Ladang Sawit Tung Sang ditembak mati, kedua membabitkan warga tempatan dan kes ketiga pemilik ladang sawit di Lahad Datu dibunuh sampai mati.” Ujarnya.






No comments:

Post a Comment