Tuesday, 19 May 2015

DSP LAJIM OKIN NIAT SERTA UMNO/BN UNTUK PERBAIKI SABAH SEBAB PBS PATI NYAWA2 IKAN

KARYA ISMALIY BUNGSU

DATUK SERI PANGLIMA HJ LAJIM HJ OKIN (DSPL) BERKORBAN KERUSI MENTERI
( itu tak orang katakan banding tinggalkan PBS)


DALAM dunia biasanya yang tinggalkan emas intan permata jawatan menteri adalah orang bodoh jika itu orang gila pangkat dan harta duniawi tanpa lihat kepentingan rakyat jelata.
Bila DSPL tinggalkan UMNO tidak pula orang katakan itu satu pengorbanan, sebalik dulu tinggalkan PBS diungkit dikatakan khianat parti. Apakah benar tindakan itu khianat jika parti NYAWA-NYAWA IKAN yang ternyata tidak dapat perjuangkan rakyat?
Buat apa berjuang dalam parti yang nyawa2 ikan dan tak dapat membantu Sabah/Sabahan ketika itu terBUKTI PBS sendiri sertai BN termasuk parti PBRS dan UPKO yang dikatakan perjuangkan KDM dan apa jadi KDM sekarang ini?
Tidak hairan parti-parti  yang kecil di Sabah juga akan sertai BN ikut jejak langkah ketiga parti itu jika sekadar menang satu dua kerusi nanti di PRU14 dan akhirnya Sabahan akan tetap sama menderita kekal sebagai penerima anugerah TERMISKIN, pendidikan asas tersorot, pengangguran bermaharaja dan pemuda/remaja terus meninggalkan Sabah cari makan di Malaya.
DSPL meninggalkan PBS kerana ketika itu ia lihat PBS tak akan berjaya mengubah keadaan Sabah sebab ketika itu PBS nyawa-nyawa  ikan, sedang kuasa termasuk pendidikan, kastam juga dana WANG DISATUKAN dikuasai oleh kerajaan BN/Kerajaan federal.
Jadi, adalah lojik jika DSPL sertai UMNO/BN ketika itu untuk berusaha membantu Sabah dan terbukti PBS sendiri serta BN termasuk PBRS dan juga UPKO sebab mereka juga beranggapan sama, cuma bezanya DSPL duluan ada kesedaran sertai UMNO/BN.
Tetapi sesudah bertahun dan DSPL berusaha merubah keadaan, tetapi UMNO bukan membaik sebalik makin memburuk, korup khianat yang menyebabkan Sabah termiskin dan hidup susah dan ini hakikatnya dalam kerajaan BN.
Kesan itu DSPL berfikir UMNO/BN gagal maka ia terpaksa meninggalkan UMNO/BN meski parti itu boleh menjadikan dirinya kaya raya dan apakah ada dalam dunia ini manusia yang mahu meninggalkan parti yang memberi kekayaan? tentunya tidak, apa lagi punya jawatan menteri.
Tindakan DSPL satu tindakan terpuji dan harus kita sanjung sebab sanggup tinggalkan kesenangan dan memilih penderitaan berjuang dalam PKR/PR untuk membela rakyat yang termiskin di Sabah dan adakah yang lain berjuang seperti yang DSPL lakukan?
Kita kena faham tentunya kita tidak akan sanggup berjuang kalau perjuangan itu sia-sia  dan Islam juga tidak mahu kita terus berada dalam parti yang jelas KORUP, zalimi rakyat dan penipu nombor satu serta pembohong dan itu makna menempah dosa kesan subahat.
Kenapa yang lain tidak berani meninggalkan BN dan ada yang sanggup U Turn?
Hanya orang yang tidak berdosa saja akan berani meninggalkan BN/UMNO dan jika ada yang penuh rasuah/korup maka manusia semacam itu memang leher mereka dalam cengkaman BN dan jika bertindak pasti ke penjara sebab inilah biasanya tindakan BN jika dalam BN banyak melakukan silap.
DSPL berani tinggalkan BN kerana dia tidak punya dosa apa2 untuk BN korek hantar ke penjara dan bagi saya DSPL adalah pejuang sebenarnya sebab DSPL tahu hanya PR dan BN sahaja yang tanding 222 kerusi MP dan kerana itu rakyat Sabah ada dua pilihan iaitu undi BN atau PR.
Undi BN makna ke jurang bahaya dan undi PR meski dikata parti Malaya tetapi soal bahaya itu hanya andaian semata kesan manusia tak sama sikapnya selagi belum diuji.

Fikir-fikirlah sendiri.

1 comment:

  1. Fst News Sandakan Today Online (Neutral-Flexible And Hot Spot News): Dsp Lajim Okin Niat Serta Umno/Bn Untuk Perbaiki Sabah Sebab Pbs Pati Nyawa2 Ikan >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Fst News Sandakan Today Online (Neutral-Flexible And Hot Spot News): Dsp Lajim Okin Niat Serta Umno/Bn Untuk Perbaiki Sabah Sebab Pbs Pati Nyawa2 Ikan >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Fst News Sandakan Today Online (Neutral-Flexible And Hot Spot News): Dsp Lajim Okin Niat Serta Umno/Bn Untuk Perbaiki Sabah Sebab Pbs Pati Nyawa2 Ikan >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK tm

    ReplyDelete