Saturday 14 November 2015

KERANA SIKAP KERAKUSAN KONTRAKTOR-PEMAJU BANYAK TEMPAT DI LANDA BANJIR LUMPUR.....KEMELLIA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SAYA amat tertarik bila saya membaca artikel Sorotan Dari Meja Editor  yang bertajuk (KONTRAKTOR SEMAKIN BESAR KEPALA MATI-MATILAH KAMU APA KAMI PEDULI KAMU DILANDAR BANJIR LUMPUR) yang telah diportal online The Sabah Insider.net pada November 14,  2015.

Aktikel yang berunsurkan kritikan ini memang wajar saya amat menyokong apa yang telah ditulis oleh penulis itu mengenai fenomena banjir kilat dan banjir lumpur yang kerap menlanda di kawasan-kawasan taman perumahan dan melimpah ke jalan-jakan raya.

Ini semuanya memang berjumpa daripada sikap kerakusan dan tamak kepada pihak pemaju yang ingin meraihkan keuntangan besar tanpa memikirkan soal keselamatan nyawa manusia yang menjadi mangsa korban akibat tragedy itu.

BANJIR LUMPUR.... Sekitar kawasan perumahan di Penampang


Begitulah luahan oleh seorang wanita yang merupakan aktivis masyarakat iaitu Dato Seri Peduka Dr Kemellia Hassan yang memang prihatian terhadap permasalahan rakyat di sekelilingnya.

Dalam kontek ini sepatutnya pihak kerajaan harus bertindak tegas dan mengambil sebarang tindakan terhadap kontraktor-kontraktor yang terbabit dalam kerja-kerja pengambilan tanah-tanah di lereng-lereng  dan diatas bukit bukau.

Kerana akibat pengambilan tanah-tanah tersebut tanpa adanya kawalan maka berlakunya banjir lumpur disatu-satu kawasan perumahan yang mengakibatkan kegurian besar yang telah dihadapi oleh penduduk-penduduk berkenaan yanbg menjadi mangsa keadaan.

PUNCA BANJIR LUMPUR.....Akibat aktiviti pengambilan tanah di atas bukit dan dicerun-cerun bukit



Kenapa pihak kerajaan suka membiarkan fenomena ini berlaku  tanpa adanya tindakan diambil terhadap pihak yang bertanggungjwab menjadi penyebab utama punca banjir kilat atau banjir lumpur.

“Saya fikir kalau pihak kerajaan mempunyai sikap ketegasan terhadap para kontraktor yang terlibat berbuat demikian sudah pastinya perkara tanah runtuh (landslide) disatu-satu tempatan tidak akan terjadi bukan membiarkan walaupun telah mengancam nyawa penduduk setempat.

Apa lagi para kontraktor terbabit semakin hari semakin naik taucang besar kepala sebabnya kerajaanpun tiada ambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Contohnya banjir kilat yang menimpa di Penampang ini terang-terang berpunca kalau bukan masalah system perparitan atau punca pengambil tanah-tanah berhampiran.


Sungguh menghayat hati mereka yang tiba-tiba tanpa dirancang kemudian dilanda banjir kilat bercampur lumpur yang banyak menanggung kerugian kerana harta benda  semuanya musnah.

No comments:

Post a Comment