Tuesday, 14 February 2017

FST……AHLI POLITIK SIKAP KEBUDAK-BUDAKAN DALAM FB


( tapi ada anggap professional)

OLEH NURLIYANA ABDULLAH-FST
Tuesday 14/2017 February


Dalam kerajaan juga sama, ada menteri konon mahu keluar parti dan kenyataan itu ditulis oleh penulis upahan bukan dari menteri sendiri dan inilah cara menteri bersilat dan mahu menipu untuk niat sesuatu yang ramai juga orang tahu.

Mungkin saja dalam kerajaan menteri berkenaan tidak duduki menteri banyak wang atau banyak projek, maka ia suarakan demikian setelah menafikan bakal diberikan kerusi menteri Kemajuan Luar Bandar untuk mudah ia songlap duit di sana diberi secara NEGO dan kebetulan projek negeo hanya dua menteri saja yang berkuasa iaitu menteri Kewangan Malaysia Najib dan Musa bin Aman. Ini fakta bukan auta. Menteri lain tidak ada kuasa. Titik.

Jadi, sang menteri arahkan penulis kaki bodek, upahan menulis arahan menteri dapat upah maka itu menjadi ISU dan kemudian PMpun menafikan dan nanti ia juga sama menyatakan dan menafikan. Inilah permainan yang dikatakan professional tetapi bagi saya itu politik TAHI KUCING yang terus menipu rakyat jelata.
Dalam pembangkang juga sama.

Ada yang bergiat terus mencari ahli, anjur ceramah di mana-mana guna wang sendiri dan beribu ahli berkorban apa saja dan dalam kerancankan itu tiba-tiba muncul grup WHATSAPP dua tiga dan mula bersuara mahukan orang lokal tetapi hanya timbul di grup Whatsap/orang kampung sendiri tidak suka tetapi ia pula berlagak macam ayam jantan dan akui dirinya hebat dan ramai pengikut tetapi tidak bergerak dan minum kopi juga sendiri-sendiri  kecuali sejak kebelakangan ini tahulah dia menelefon kawan-kawan.

Kemudian yang muncul tiba-tiba ini mula mencipta namanya dan ia akui dia hebat dan punya kelulusan dan layak menjadi calon tetapi orang kampung sendiri tidak suka dan kala disebut namanya maka semua orang memalingkan muka dan bagi simbol TERMUNTAH.

Ada juga yang siap kempen ke sana sini akui hebat sedang derma masjid ia ambil sepenuhnya dan banyak teman-teman dia tipu dan kalau yang demikian jadi pemimpin maka parti jadi rosak malah lebih buruk banding pemimpin BN yang korup.

Kalau mahu tanding, lihat wajah di cermin dan perlu teliti diri sendiri dan tentu saja pertama punya kelulusan, ada sedikit dana, baik sama orang kampung dan ramai suka/kalau muka macam hantu dan sombong satu macam, baik jadi pengikut sahaja dan menyokong mereka yang berkeupayaan.

Paling sadis dan saya kata " macam sial" ialah bila saya baca nota baik di Facebook atau Whatsapp katanya kalau tidak dipilih jadi calon, ia akan meninggalkan parti dan bawa orang-orangnya meninggalkan parti untuk undi parti BN dan ini memang benar-benar sial dan jahat khianat tapi tidaklah bangsat.

Pembangkang/pejuang harus ada sikap BERJUANG dan BERKORBAN. Berjuang saja tidak cukup sebab yang tadi berkata akan lompat makna ia juga berjuang tetapi berjuang untuk kepentingan diri dan yang kita mahu ialah BERKORBAN sekaligus.

Perjuang dan berkorban maknanya siap apa saja yang ia lakukan kerana Allah semata dan bukan kepentingan diri atau jawatan dan inilah yang kita mahukan sepertinya Nabi Ibrahim berkorban kerana Allah semata.

Kepada pejuang yang mahu menumbangkan BN, maka bersiaplah bersatu/nekad tak peduli siapa calon dan asal dan janji pada diri jangan sekali-kali dikasih undi sama BN dan saya mohon demi kebaikan undi sebuah parti yang di dalamnya pelbagai bangsa dan dengan demikian kita akan ulangi lagi sejarah PBS dan BERJAYA yang merupakan satu parti pelbagai bangsa muncul sebagai juara.

Tidak ada lain, kita naiki perahu yang boleh selamatkan semua umat dan binatang berpasangan seperti yang dilakukan oleh Nabi Nuh. Tidak perlu saya jelaskan parti mana, apa yang saya katakan cukup jelas. Ada otak tak cukup, guna akal dan jangan otak kepala otot.
Sabah mesti berubah


No comments:

Post a Comment