Monday 27 February 2017

FST…..DASAR MPS MENAIKAN CAJ PARKING WARNA KUNING TEKAN KEHIDUPAN RAKYAT DAKWA WONG.



OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Feb 27/2017 Monday

SANDAKAN:- Tindakan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan melaksanakan system kupon letak kereta bermula pada 1hb Mac ini  disamping menaikan kadar caj petak  letak kereta berwarna kuning  dari RM.030 sen hingga RM.050  ia disifatkan dasar yang keterlaluan dan tidak wajar dilaksanakan kerana menekan kehidupan rakyat.

Kata Wong, petak kuning merupakan tempat letak kereta yang amat memerlukan oleh para pemilik kereta, kini jika dinaikkan 60%, maka akan menambahkan beban pemilik kereta, dan akan menyebabkan ramai orang tidak ingin pergi ke bandar, menyebabkan keadaan di bandar Sandakan bertambah teruk.

Wong berkata, MPS menaikkan caj petak kuning sebanyak 60% kepada 50sen, akan mengakibatkan pemilik kereta yang membayar RM3 sehari untuk letak kereta, kini ditambahkan kepada RM5 sehari.

Beliau berkata, ekonomi Sandakan kini merosot, harga barang melambung tinggi, tetapi MPS pula menaikkan caj letak kereta, ini tidak dapat diterima.

Wong menegaskan bahawa, MPS merupakan badan kerajaan tempatan yang membekalkan perkhidmatan kepada rakyat, tidak patut menaikkan caj dan cukai, mengaut wang hasil titik peluh rakyat jelata, tetapi tidak membuat kerja seperti mengendali kebersihan kawasan sekitar, sampah-sarap, air kotor merata-rata tempat, kemudahan awam rosak tidak diperbaiki dan sebagainya.

Wong menyeru wakil rakyat BN kawasan Sandakan, Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri menyuarakan pendirian, sama ada bersetuju dengan MPS untuk menaikkan caj letak kereta. Sekiranya tidak bersetuju, Wong mencabar mereka untuk mengarahkan MPS membatalkan kenaikan caj petak kuning.

Wong berkata  lagi dasar kerajaan Barisan Nasional *BN) memang dasar memeras  menekan kehidupun rakyat di Negara ini sudahlah kadar GST dinaikan 8 persen sewa pasar juga dinaikan ini lagi caj parking akan dinaikan bukan kah ini kerja menyusahkan rakyat namanya  siapa berani nafikan.


No comments:

Post a Comment