Monday, 27 February 2017

FST….BAKAL CALON PRU14



OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Feb. Monday 2017/27

SAYA selalu bertanya dan ketemu kawan-kawan di sekitar tentang diri mereka yang mahu sangat jadi calon. Memang macam-macam saya dengar.

" ada hantar profile tebal dan lengkap. Haji kenal ini orang" Lata YB, saya senyum tanpa komen. Begitulah macam mohon kerja.

Orang yang mudah menang biasa tidak sombong, tidak takbur memiliki akhlak yang baik dan kalau yang jenis lokek minum kopi o asyik sendiri dan tapok-tepok  janganlah bercita-cita.

Bercita-cita mahu jadi calon itu bukan larangan. Sesiapapun boleh berkeinginan dan mencuba tetapi kena lihat dulu kemampuan diri.

Ada duit banyak tetapi tidak mesra dengan rakyat dan hanya mendekat di musim dekat election rasa itu tidak juga boleh.

Ada yang selalu dekati rakyat hanya kelompok-kelompok tertentu tidak juga boleh sebab pengundi satu-satu kawasan DUN biasanya sekitar 20-30, 000 orang dan memang sukar.

Biasanya yang mahu jadi calon ini kena berkerja sejak awal seperti berkorban adakan ceramah dan biayai sendiri dan adakan dua tiga kali ceramah kelompok dan sudah punya ahli yang ramai direkodkan dan mereka itu pengundi di kawasan berkenaan.

Kita tak kira apa bangsa, dari mana asal rakyat Malaysia, tidak melanggar peraturan SPR dan disukai rakyat setempat, maka itu bolehlah tiada masalah asal diyakini menang.

Yang lain bila sudah menang misalnya, maka kemampuannya memimpin juga harus difikirkan dan bila berada di DUN atau MP haruslah bisa berhujah dan di situ tentulah ILMU diperlukan, sekurang2nya tahu sedikit undang2, ekonomi, agama dan macam-macam dan kita tidak mahu pula asyik duduk memanaskan kerusi di DUN atau parlimen sebab tidak tahu apa ahli-ahli parlimen hujahkan dan kesannya diam membatu terima elaun bulanan.

Saya perhatikan YB-YB yang biasa menang meski ada ILMU tetapi bila di DUN atau parlimen sikap mereka macam ayam mati kesan barangkali takut bersuara atau memang tidak membuat kajian. Inilah masalah wakil rakyat kita yang tidak berilmu dan tidak tahu berhujah kesan ILMU kurang atau yang lawan di parlimen terdiri mereka mantan professor, pakar ekonomi, agamawan dan segala macam bidang.

Nah, jadi banyak sangat yang harus dipertimbangkan dan itu selalu saya katakan kena nilai diri dan kena sedar diri atau kalau tidak punya kemampuan sebaiknya biarlah di belakang dan menyokong saja macam saya, berikan semangat dan dorongan untuk melawan BN dan dengan kata-kata dan jangan pula dimatikan semangat juang.

Lawan tetap lawan dan Sabah mesti kita ubah Saya hanya mahu menulis dan berusaha memberikan semangat, motivasi dan memberikan keyakinan kepada bakal-bakal calon untuk pastikan WARISAN bakal perintah Sabah selepas PRU-14 nanti dan siapapun dicalonkan dan kepimpinan pilih maka kita siap bersatu menangkan calon makna menangkan parti dan menang parti makna memerintah semua memang untuk membantu rakyat, membela rakyat melalui parti Warisan.
Insya Allah


No comments:

Post a Comment