Sunday, 5 February 2017

FST…..NAIB KETUA PEMUDA PBS DISARAN BELAJAR BAHASA MELAYU



OLEH: NURLIYANA ABDULLAH-FST
Sunday February 05/2017

JAWATAN Naib ketua pemuda PBS memang satu jawatan yang gah dan bila disebut gah, setiap kata-kata yang diucapkan hendaklah berhati-hati dan usaha elak main hentam keromo kelak ditakuti bakal diheret ke mahkamah kesan memfitnah.

Kalau dikira merujuk kenyataan Christopher Mandut itu memang berunsur fitnah dan DS Shafie Apdal atau orang-orangnya melapor ke polis dan heret ke mahkamah akan susah, tetapi itu bukan caranya DS Shafie Apdal kesan ia lebih suka menjelaskan dan memaafkan orang.

Christopher Mandut dalam kenyataannya menyatakan yang nenek-nenek  DS Shafie Apdal seolah pelarian/PTI dan sekaligus lebih kurang menyatakan DS Shafie Apdal yang ibunya adik beradik dengan Tun Sakaran Dandai sebagai orang asing.

Acara ketika  Shafie  berucap itu ialah di kampung PAAL lebih kurang 20 minit berjalan kaki dari rumah saya di Tenom dan kenyataan yang saya sertakan di atas itulah kenyataan Shafie untuk menyambung kenyataan Datuk Wilfred yang sama hadir di acara sama ketika itu.

Dijelaskan di sini bahawa sebelum merdeka, nenek=nenek  DS Shafie memang sudah mendiami sebuah pulau hingga ke hari ini dan tanah itu diwariskan tetapi hingga sekarang tidak mempunyai title dan kerana itulah lahirnya penjelasan DS Shafie melalui ucapannya di Kg. Paal Tenom itu.

Jelas Naib ketua pemuda PBS itu tidak memahami bahasa dan kemudian sengaja ia putar belit maksudnya untuk 
memesongkan pemikiran rakyat agar dapat ditipu kesan sejak kebelakangan ini sekian ramai orang PBS sertai WARISAN.

Makanya saya cadangkan Naib ketua pemuda itu belajar bahasa Melayu agar mudah memahami setiap kenyataan yang diucapkan oleh pemimpin demi elak salah tafsir dan menjadikan bahan fitnah.


No comments:

Post a Comment