Tuesday, 28 February 2017

FST.... GURU WAJIB HADIR KAH (MESTI BAWA 30 ORANG TIAP SEKOLAH)



OLEH ISMAILY BUNGSU-FST
Tuesday Feb 28/2017

PADA tanggal 28hb Februari jam 10:00 (hari ini) merupakan hari sekolah dan bukan musim cuti.

Sekolah dimestikan menghantar 30 orang guru2 ke acara itu.

Apa ini? bagaimana anak-anak sekolah kita?
Kenapa guru dilibatkan hadir dan dipaksa hadir dan jika tak hadir diminta menulis surat tunjuk sebab.

Jelas kerajaan Najib dan di Sabah pimpinan MUSA sengaja mengganggu tugas2 di sekolah.

" Tidak hairanlah pendidikan di Sabah pernah menerima anugerah pendidikan asas paling tersorot dan sk Mantanani tak seorang lulus exam sekolah asas " kata ketua Wira Warisan Sabah/Datuk Aziz ketika kami bercakap sebentar tadi.

Perbuatan kerajaan BN ini jelas merosakkan pendidikan anak-anak bangsa kita di Sabah dan kelihatannya inilah sebab-sebabnya pendidikan anak-anak bangsa kita di Sabah jauh tertinggal kesan dipaksa berpolitik sungsang.

Keadaan ini berlaku tidak boleh disalahkan pihak sekolah dan guru2 sebab mereka dikerah paksa dan jika gagal biasa diambil tindakan seolah menentang kesan dituduh tidak memberikan kerjasama.

Hal-hal seperti ini cukup tidak menyenangkan dan kerana itu ramai pengetua dan guru2 hidup tertekan kesan tekanan dan ugutan jika tidak akur perintah pegawai pendidikan daerah.

" Perbuatan seperti ini harus diperhentikan dan biarlah guru menumpukan perhatian di sekolah kecuali masa-masa cuti dan itupun tidaklah boleh pegawai pendidikan daerah diarah memaksa yang berkenaan hadir " Kata Datuk Azis lagi.


No comments:

Post a Comment