Saturday, 4 February 2017

FST….WAJAR DAN SESUAI PBS DI BUBAR SAJA KERANA TIDAK MEMBUAT KEBAIKAN BANGSA KDM



OLEH ISMAILY BUNGSU-FST
Sabtu Februari 2017/04

WARISAN tidak usah membangkit isu peribadi pemimpin lain sebab yang lebih penting ialah kepentingan rakyat Sabah.
Warisan boleh bangkitkan ISU peribadi pemimpin pemerintah tetapi itu tidak membawa makna dan paling penting apa pemimpin BN lakukan terhadap Sabahan.
Kita tahu sangat PBS/Pairin meloncat namanya bukan kerana Pairin sebalik kesan dia dipecat oleh Harris dan ketika itu menyuarakan kepentingan Sabah hingga menubuhkan parti PBS melawan Malaya. Itu hakikatnya.
Rakyat Sabah lagi marah bila Labuan diserahkan sedang Labuan itu hak Sabah tetapi diserahkan kepada orang lain. Jadi perjuangan PBS ketika itu memang mendapat tempat di hati rakyat dan rakyat Sabah menyokong hingga di PRU selanjutnya BERJAYA kalah teruk dan Harris juga lenyap dalam dunia politik meski selanjutnya ditubuh BERSEKUTU.
Sesudah bertahan sekian lama dan PBS kian pudar, maka akhirnya PBS sertai BN dan di situ PBS usaha perjuangkan Sabah dalam BN sebalik apa yang mereka lakukan dalam BN selain menjadi kuda tunggangan?
Yang benar sesudah dalam BN, diperhatikan PBS gagal berjuang untuk Sabah kecuali perjuangan kepentingan diri dapat duduki kerusi menteri baik di Negeri ataupun persekutuan.
Apa saja yang dilakukan oleh Dr. Max di Kota Marudu? Apa saja sumbangan yang ia lakukan demi Sabahan?
Rakyat Sabah harus bangkit dan semula bertanya bukan saja pemimpin bernama Pairin atau Dr. Max di PBS, malah utamanya Musa Aman dan semuanya barisan kepimpinan dalam BN isu SFI yang tergadai.
Juga apa jadi masalah Pantai Tanjung Aru yang bakal dimangsakan dan jangan lupa yang di SEMBULAN juga bakal jatuh ke tangan orang lain atas nama pembangunan yang di dalamnya sama kongsi2 sama untuk kayakan diri sendiri kalangan pemimpin.
Perjuangan PBS dalam BN tidak lagi menyengat seperti dulu, malah yang jelas PBS dalam BN hanya pak angguk setelah semuanya pemimpin mendapat habuan masing2 kesani mata mereka jadi buta, hati mereka juga sama dan telinga dipekakkan dan kesannya mereka rata-rata seperti orang keluar dari gua hantu hanya menjadi robot dan kuncinya dipegang oleh Najib sendiri.
Perjuangan parti-parti dalam BN hanyalah menjadi pak turut melulu untuk kenyangkan perut mereka sendiri sedang perjuangan untuk rakyat Sabah tidak lagi dipeduli dan itu akhirnya menjadikan rakyat Sabah kian susah, hidup tidak menentu dan rakyat di kampung-kampung  kian susah menderita kesan tekanan bantaian BN yang benar-benar menyusahkan rakyat.
Gelombang yang dibawa oleh WARISAN ke seluruh Sabah cukup menakutkan orang BN dan kerana itulah mereka usaha membangkitkan isu peribadi dan bermatian mengutuk memalukan aibkan kepimpinan WARISAN dengan segala macam tuduhan dan rakyat Sabah tidak lagi seperti dulu sebalik akan bangkit melawan kejahatan yang dilakukan oleh BN.
Ramai yang menyatakan PBS tidak lagi sesuai kesan perjuangannya MAIN ANGGUK, sebalik dimohon BUBAR dan sertai WARISAN bersama perjuangkan Sabah.



No comments:

Post a Comment