Sunday, 12 February 2017

FST… MENTERI LETAK JAWATAN STRATEGI POLITIK MINTA DICALONKAN SEMULA


OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Sunday February 12/2017

ELECTION di depan pintu. Tiap menteri ada yang risau khuatir tidak dicalonkan lagi dan mula mencipta strategi untuk dipastikan diperhatikan.

Bila menteri-menteri lain mencipta strategi dengan alasan-alasan tertentu, yang nombor dua juga mencipta sedikit angin gundah konon akan mengundurkan diri sebab tidak mahu pula bila yang nombor satu berhenti, pupu suku sakat ke atas.

Dalam politik memang pelbagai strategi untuk mendapatkan sokongan, bukan saja rakyat di bawah malah juga kalangan ahli-ahli kabinet dan sebagai yang berkuasa memberi undi.
Inilah caranya berpolitik.

Kalau kita katakan kita mahu tanding 73 kerusi semuanya, sebenarnya itu juga politik/strategi agar seluruh daerah yang jauh merasa semua ada peluang dan mereka berbondong-bondong sertai parti dan bila sampai PRU yang tadi dalam kandang akan jadi mudah diurus kalaupun kerjasama dengan parti lain sudah ada ahli dalam kadang banding tiada.

Nah, apakah strategi politik ini tidak difahami dan terus mengatakan yang berkata itu tamak haloba?
Ini semuanya kena fahami tetapi strategi itu memang sulit dan kalau strategi diperkatakan maka itu bukan lagi strategi tetapi manifesto yang dikatakan secara terang-terang bila nanti memerintah.


No comments:

Post a Comment