Friday, 3 February 2017

FST....IMAMPUN SALAH TEGUR INIKAN PULA PEMIMPIN


OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Friday February 03/2017

DATUK SERI.. Shafie Apdal kata Imam yang salah mengimamkan pun harusnya kita tegur, ini kan pula pemimpin.

" Kalau imam salah baca, salah sujud atau duduknya itu tak betul itu kena tegur dan betulkan, jika terus salah dan berulang salah maka ia belum layak jadi imam kena ganti dengan yang lain" Itu katanya DS Shafie Apdal ketika berucap di Petagas baru-baru ini.

Terkait 1MDB yang yang sejumlah RM42 bilion entah di mana dananya itu harus dijelaskan tetapi ketika ditanya dalam kabinet, seorang PM bernama Najib mula tidak senang hati.

" Ketika di kabinet tidak dipeduli, maka saya bertanya di luar kabinet, lalu MUSA AMAN cadang saya digantung/pecat kerana dilaporkan sekongkol dengan pembangkang, padahal saya tidak pernah bersama pemimpin pembangkang sebelum itu..." Katanya DS Shafie Apdal.

Kesan hanya menegur dana 1MDB yang sejumlah RM42 bilion itu menyebabkan DS Shafie Apdal dipecat dari kabinet persekutuan.

" Itu hak dia dan saya wakil rakyat parlimen kena bertanggungjawab untuk membangkitkan khazanah negara dan kesannya dipecat, itu tidak mengapa sebab saya sudah laksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin" jelasnya lagi.

Apa yang disuarakan oleh DS Shafie Apdal itu telah menjadi kenyataan dan kesannya negara menjadi popular kesan mempunyai perampok dan pencuri yang terkenal dan pencuri itu mereka yang bergelar pemimpin no satu di Malaysia.

Di perhimpunan UMNO 2015, presiden UMNO berjanji akan menyelesaikan semua hutang 1MDB dan mempastikan sebelum akhir tahun 2015 hutang 1MDB akan berkurangan menjadi RM15 bilion dan ketika itu yang hadir bertepok tangan sambil memuji Perdana Menteri orang yang bijak mengurus ekonomi negara.

" Tetapi hingga masa kini hutang berkenaan terus meningkat hingga RM52 bilion dan itu akan meningkat lagi" Tambahnya lagi dan keadaan itu kian menyusahkan rakyat jelata.

Sekarang negara kita berhutang sekitar RM800 bilion dan itu belum termasuk hutang 1MDB.

Kesan negara ditimbuni dengan hutang, khazanah negara banyak dijual maka kerajaan BN tidak mampu mengurus negara dan cara mengelak MUFLIS, kepimpinan negara mahukan rakyat membantu membayar sama segala hutang itu dengan cara melaksanakan GST.

Kita kena ubah
terpaksa ubah
sabahubah
sabahubah
sabahubah


No comments:

Post a Comment