Sunday 5 February 2017

FST.....JAMAL JAMBAN AKHIRNYA TUMPAS DITANGAN POLIS (HERO MELAYU MELAYA)

OLEH: WAN FARIDAH WAN AHMAD-FST (PJ)
Saturday February 2017/04


KUALA LUMPUR:- Akhirnya seorang Hero UMNO Melaya yang juga Ketua Samseng Jalanan yang kebal dengan undang-undang yang mendapat sokongan moral oleh para pemimpin UMNO walaupun perbuatan yang membabitkan Jenayah kini berjaya juga dicekup oleh Polis.

Jamal Yunos atau di kenali sebagai jamal Jamban  selain jadi ketua samseng jalanan dia juga sebagai Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar yang paling di sayangi seluruh ahli-ahli UMNO di Malaysia walaupun Jamal banyak terlibat kes-kes jenayah masoh mendapat sokongan moral di kalangan ahli majlus tertinggi UMNO
Kini Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan reman selama lima hari bermula kelmarin dulu.
Beliau ditahan semalam berkaitan serbuannya terhadap premis yang didakwanya sebagai sarang perjudian di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu.
Perintah tahanan reman selama lima hari itu dibuat oleh majistret Mohd Firdaus Saidina Ali, akan berakhir Selasa depan.
“Tauke judi kebal,” jerit Jamal ketika melangkah keluar dari mahkamah majistret Ampang, hari ini.
Kira-kira 15 penyokong beliau turut hadir dan menunggu di luar bilik mahkamah sepanjang prosiding reman.
Peguam Jamal, Zamri Idrus, berkata reman itu dilakukan kerana polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan mereka.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan.
Mereka yang didapati bersalah di bawah Seksyen 395 boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Serbuan Jamal ke pusat perjudian yang dikatakan itu adalah sebahagian daripada kempen beliau untuk menyerlahkan kegagalan kerajaan negeri Selangor dalam membendung aktiviti haram.
Beliau diberi amaran oleh pihak berkuasa dan polis supaya tidak meletakkan undang-undang di tangan sendiri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat kemudian berkata premis yang dikatakan pusat perjudian itu memiliki lesen sebagai pusat hiburan keluarga dan mendapat permit dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Sebelum ini Noh Omar dan beberapa orang ahli majlis tertinggi (AMT-UMNO) telah memuji-muji tindakan Jamal Jamban kerana merupakan seorang yang kreatif buat jenayah dia (Jamal) mendapat gelaran dari ahli-ahli UMNO Jamal Hero Melayu Malaya paling disegani oleh PDRM kenapa PDRM cekup Jamal.
Pihak polis perlu mencari orang  yang bernama Awang Yusuf orang ini banyak mengetahui latar belakang Jamal Yunus dan bersekongkol buat jenayah berat.




No comments:

Post a Comment