Saturday 4 February 2017

FST….MP SANDAKAN UCAP SYABAS SPRM BERJAYA MEMBERKAS 923 ORANG TERBABIT GEJALA RASUAH


" Gejala Rasuah macam satu budaya di kalangan rakyat  Malaysia yang mengamalkannya " 

OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Saturday February 04/2017

 
SANDAKAN:-  Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) memberkas  gejala rasuah yang membabitkan seramai  923 orang sepanjang tempoh tahun 2016.


“Kita hairan di Negara  Malaysia gejala rasuah semakin  hari semakin menular dan meningkat ketahap yang membimbangkan dan seolah-olah macam satu trend dan budaya sebilangan rakyat Malaysia  yang mengamalkannya.


Selanjutnya   Wong   berkata  Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil menjelaskan  daripada jumlah itu, SPRM telah membuka 982 kertas siasatan dan 258 daripadanya dibawa ke mahkamah setakat 15 Dis lepas.

"2016 boleh dianggap sebagai pencapaian terbaik buat SPRM berbanding tahun sebelumnya... pada 2013, SPRM hanya menahan 509 individu, 2014 seramai 552 individu dan pada 2015 seramai 841 individu," katanya.


Sementara itu, Shamsun Baharin turut melahirkan kebimbangan berhubung penglibatan golongan muda dalam gejala ini yang mana 54 peratus iaitu 1,267 daripada 2,346 individu yang ditahan daripada tahun 2014 hingga 2016 berusia bawah 40 tahun.

"Fenomena ini amat membimbangkan kerana golongan ini merupakan kumpulan pelapis kepimpinan negara masa hadapan.

Wong juga menyelar kenyataan Setiausaha Agung UMNO Pusat Tengku Adnan Tengku Mansor yang mendakwa ahli-ahli UMNO tidak terlibat dalam kes dan gejala rasuah dalam satu kenyataan diportal media.

“Tetapi sangkalan Adnan itu tidak tepat kenapa seorang Ahli Majlis tertinggi UMNO yang juga Pengerusi MARA Tan Seri  Annuar Musa kini sedang disiasat  oleh pihak SPRM atas dakwaaan salahguna kuasanya dan kini Annuar telah digantung tugasnya apa ertinya semua ini” Wong bertanya



No comments:

Post a Comment