Monday 13 February 2017

FST..... MP SANDAKAN UCAP SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA AHLI MAJLIS MPS ANGKAT SUMPAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
MUSTAFFAH MOHD HASSAN-FST
Monday Feb, 2017/13


SANDAKAN:- Majlis Angkat Simpah Ahli Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang berlangsung baru-baru ini  telah mendapat perhatian umum dan ia lebih bermakna dan sebagai membuka tirai atau lembaran baru untuk mengatur pelbagai strategi kepada masyarakat tempatan khususnya yang ada kaitan dengan hal ehwal MPS bukan jadi Ahli Majlis MPS kerjanya tukang tindas para penjaja dan  peniaga saja sehingga ramai para peniaga  yang sudah gulung tikar gara-gara perbuatan jahil/kejam   Ahli Majlis MPS

Dengan itu  Ahli Parlimen Sandakan YB Stephen Wong mengucapkan syabas kepada Ahli Majlis MPS baru, dan mengingatkan mereka supaya melaksanakan tugas mereka sebagai Ahli Majlis dengan teliti, dan berkhidmat kepada penduduk Sandakan dengan penuh tanggungjawab, bukan hanya bekerja kepada "pihak atasan" mereka.\

Wong berkata demikian berhubung dengan laporan berita mengenai Ahli Majlis MPS sesi baru angkat sumpah pada 8 Februari.

Kata beliau, Sandakan menghadapi pelbagai masalah kemudahan asas, sistem pembentungan, kebersihan, rokok seludup, tukang kasut haram, penjualan telur penyu dan sebagainya, MPS masih tidak dapat menambah baik, apatah lagi menyelesaikan masalah, kini masalah-masalah ini telah hilang kawalan.

Wong berkata, Ahli Majlis berperanan untuk membantu MPS berkhidmat kepada rakyat, termasuk membantu menambahbaikan masalah-masalah di atas, diharapkan Ahli Majlis baru benar-benar berkhidmat kepada rakyat, bukanlah "rubber stamp" yang hanya bermesyuarat, makan minum dan mengambil elaun.

Wong berpendapat bahawa, jika Ahli Majlis hanya berdiri di tepi, tidak berani untuk berjuang demi rakyat, tidak mampu berkhidmat kepada Sandakan, tiada maknanya dilantik sebagai Ahli Majlis.

Tambah Wong, Ahli Majlis juga harus turun padang, mendekati rakyat, jangan hanya duduk dalam pejabat hawa dingin bercakap kosong sahaja, kerana turun padang barulah dapat mendalami masalah dan harapan rakyat.

Kata Wong, elaun Ahli Majlis harus ditambah, walaupun kini elaun setiap kali mesyuarat adalah RM100, lebih banyak berbanding dengan masa dulu RM50, tetapi masih tidak cukup, terutamanya setiap Ahli Majlis hanya menghadiri 3 hingga 4 mesyuarat setiap bulan, mendapat elaun RM300 hingga RM400 sahaja, bagaimanakah bersemangat untuk berkhidmat?

Beliau menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan untuk mengubah sistem elaun Ahli Majlis kepada sistem gaji, supaya Ahli Majlis menjadi Ahli Majlis sepenuh masa, seperti Ahli Majlis di negeri Selangor dan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, memperoleh pendapatan melebihi RM3000, membolehkan mereka melaksanakan tugas Ahli Majlis sepenuh masa.

Wong berkata, selain itu, bidang kuasa Ahli Majlis juga harus dihormati dan dipandang berat, staf majlis perbandaran harus menurut arahan Ahli Majlis, supaya Ahli Majlis dapat berkhidmat kepada rakyat dengan efisien.


No comments:

Post a Comment