Sunday, 20 October 2013

AMPONG UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PERWAKILAN







ADMIN.....SHARE



DARI MEJA SUB EDITOR
SHAIMON S JUMADI


SAYA Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon Ketua Bahagian UMNO Sandakan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua perwakilan yang telah memberi mandat semula untuk mengekalkan kedudukan saya sebagai Ketua Bahagian UMNO Sandakan bagi sesi 2013-2016.

Kalah dan memang adalah adat pertandingan dari itu sebagai ahli UMNO yang setia pada pucuk pimpinan khususnya kepada Presiden UMNO Malaysia Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak teruskan perjuangan demi memantabkan perjuangan UMNO untuk perpaduan, bangsa, agama dan negara.

Tan Sri Ampong yang dihubungi melalui telefon pentang tadi oleh Sub Editor Free Sandakan Today antara lain menjelaskan  selepas pemilihan ini  diharapkan tiada perpecahan berlaku di kalangan sesama ahli dan  hakiskan semangat  berpuak-puak dan tingkatkan kerjasama dan jalinan mesra antara satu sama lain.

"Yang kalah harus menerima hakikat atas kekalahan jadikan ia sebagai satu garis panduan dalam kepimpinan dan kita harus  cari puncanya dan formulanya  kenapa kita kalah dalam pertandingan tersebut.

 "Terus terang saya katakan saya tidak berkecil hati kepada pencabar-pencabar saya walaupun mereka jelas menentang kepimpinan saya dalam UMNO Bahagian, saya akur seruan Presiden Parti yang membuka  ruang dan memberi peluang terhadap mana-mana ahli untuk bertanding secara kekeluargaan dalam UMNO dengan cara yang sihat ujarnya.

Selanjutnya  Ampong  menyeru kepada semua barisan calon yang berjaya menggondol kerusi-kerusi yang ditandingi diucapkan tahniah   dan syabas atas kemenangan itu dan tingkatkan  perjuangan  demi menjamin  kestabilan politik sejajar dengan Transfomasi parti yang mengamalkan sistem demikrasi.



2 comments:

  1. Penipuan berlaku..politik wang..mengurung perwakilan di Sabah hotel..apa perlu nya 51 bilik itu

    ReplyDelete
  2. Bersidang semula memerlukan notis persidaangan..maka persidangan yng ke2 tidak sah..kertas undi melebihi jumlan pengundi..memang menipu

    ReplyDelete