Sunday 27 October 2013

PENDUDUK TAMAN INDAH JAYA DIBEKALKAN AIR KOTOR TIDAK SELAMAT UNTUK DIMINUM

Written by Admin

OLEH: MOHD SUFFIAN AHMAD

SANDAKAN:-Penduduk Taman Indah Jaya sudah tiga hari mendapat bekalan air yang tidak bersih (kabut) dan ini amat membimbangkan kepada para pengguna setempat  kerana air kurang selamat untuk diminum.

Beberapa orang penduduk yang nama mereka enggan disiarkan telah menghubungi Free Sandakan Today hari ini  mereka mendakwa Jabatan Air Sandakan  membekalkan air  tidak bersih  dan boleh memudaratkan  kepada pengguna yang menggunakan air tersebut.

"Saya minta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Datuk Samsudin Yahya  dan Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin dapat membantu kami untuk menemui Jururtera Jabatan Air Sandakan  bagi memaklumkan keadaan sebenar kami bimbang jika air sebegini rupa dibekalkan sebagai  sumber air untuk  kami memasak sudah tentu pelbagai penyakit akan datang menyerang kami bila-bila masa saja" ujarnya


No comments:

Post a Comment