Saturday, 12 October 2013

KHOO HINA PERDAMA MENTERI PRIBUMIS BUAT LAPORAN POLIS





  LAPOR.....Syed Kamal sedang dicawancara oleh Media sejurus selapas buat laporan polis mengenai kes KhoO


OLEH SHAIMON S JUMADI

KOTA KINABALU:- Sejak kebelakangan ini  terdapat segelintir masyarakat sudah tidak takut dengan undang-undang negara walaupun perbuatan mereka itu akan dikenakan hukuman berat namun langsung tidak diindahkanya.                                       
                                                           

Sebagai contoh  terdekat seorang pemilik Laman  Sosial Facebook yang dikenali  Raymond Khoo telah didakwa melakukan memaparkan (Share)  gambar yang mengaibkan serta menghina pucuk pimpinan negara iaitu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berkaitan Jalur Gemilang didalam FBnya.

Tindakan Raymond Khoo 80 peratus rakyat di negara ini mengutuk  keras-kerasnya  peri laku Khoo yang bertindak sebagai seorang yang kurang ajar dan biadap kepada pemimpin negara nombor satu dan perkara ini tidak harus  dibiarkan sebaliknya Khoo dikenakan hukuman setimpal.

Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PPRS) yang diketuai oleh Presidennya Datuk Mohd Jeffry Rosman bersama Pegawai Penerangan PRUBUMIS Syed Kamarul Sufian kelmarin telah membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Negeri Kota Kinabalu bagi melaporkan tindakan Khoo yang menghina dan mengaibkan Perdana Menteri.


 “Kami membuat laporan polis meminta polis Negeri dan polis Bukit Aman dapat memanggil Khoo untuk disoal siasat dan apa kah motif sebenarnya dia (Khoo) menghina kepada Perdana Menteri” jelas Jeffry kepada Wartawan  Sandakankini. Today   sejurus selepas membuat laporan tersebut

Kata Jeffry lagi disebabkan ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tidak putus-putus rakyat dinegara ini begitu mudah melakukan perkara-perkara songsang yang telah melanggar undang-undang negara berbanding sebelumnya akta yang dimaksudkan itu.

“Saya ingin menasihatkan kepada rakyat di negara ini walaupun akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah dimansuhkan oleh kerajaan tetapi masih ada akta mahupun undang-undang lain yang boleh mengenakan tindakan dan hukuman terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang didapati melakukan perkara-perara songsang yang telah melanggar rukun negara” tambah Jeffry

No comments:

Post a Comment